Grab tawar insurans cuti sakit panjang percuma; bantu pemandu cedera, sakit
Firma kereta sewa privet Grab akan menawarkan perlindungan insurans percuma kepada sebahagian besar pemandunya. Pelan insurans tersebut dengan secara automatik melindungi mereka daripada kerugian pendapatan akibat penyakit dan kecederaan, menurut syarikat itu pada Rabu (16 Jan).
SINGAPURA: Firma kereta sewa privet Grab akan menawarkan perlindungan insurans percuma kepada sebahagian besar pemandunya. Pelan insurans tersebut dengan secara automatik melindungi mereka daripada kerugian pendapatan akibat penyakit dan kecederaan, menurut syarikat itu pada Rabu (16 Jan).
Di bawah insurans baru untuk cuti sakit panjang, pemandu bagi tiga tahap tertinggi program ganjaran firma tersebut dijanjikan bayaran harian yang ditambat secara purata pada sebahagian pendapatan harian mereka.
Mereka boleh menerima bayaran antara S$30 hingga S$200 setiap hari, bergantung kepada tahap mereka.
Pemandu Grab dikategorikan mengikut empat tahap berdasarkan faktor-faktor seperti tempoh memandu dan rating yang diberikan oleh para penumpang.
Pelan insurans baru itu, yang ditawarkan selain insurans kemalangan peribadi percuma yang disediakan untuk pemandu dan penumpang, tidak ditawarkan kepada pemandu di tahap rendah. Namun Grab menyatakan bahawa pihaknya sedang dalam proses melakar pelan perlindungan insurans bagi para pemandu berkenaan juga.
Menurut kenyataan Grab, pelan baru itu selaras dengan saranan-saranan yang diusulkan oleh Kumpulan Kerja Perikatan Tiga Pihak bagi Individu Bekerja Sendiri yang mengkaji keperluan pekerja bebas yang semakin meningkat bilangannya.
Pertumbuhan pada ekonomi kerja bebas meningkatkan lagi keprihatinan terhadap pekerja sedemikian yang kekurangan manfaat perubatan dan perlindungan insurans asas berbanding pekerja bergaji. Ini dikhuatiri akan menjejas keupayaan mereka untuk membayar kos perubatan atau menabung untuk persaraan.
Februari lalu, kumpulan kerja itu menyarankan agar firma-firma menawarkan produk insurans khusus bagi pekerja bebas yang akan memberikan bayaran tunai harian jika pekerja dimasukkan ke hospital melebihi tiga hari, atau cuti sakit panjang yang menjangkaui tujuh hingga 14 hari.
Selain menawarkan skim insurans baru kepada pemandu, Grab pada Rabu juga mengumumkan rancangan untuk membangunkan wadah digital untuk menjual produk insurans di Asia Tenggara.
Ia dijangka akan dilancarkan di Singapura pada separuh pertama tahun ini dan produk-produk insurans akan dijual pada premium lebih rendah menerusi aplikasi mudah alihnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.