Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Grab, Singtel lancar akaun simpanan digital untuk golongan muda

Akaun simpanan baru hasil kerjasama Grab-Singtel sasarkan golongan muda dan para pekerja gig bagi menyediakan akses kepada aliran tunai dengan kadar faedah harian.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah bank digital yang disokong oleh Grab dan Singtel melancarkan sebuah akaun simpanan baru yang menyasarkan golongan muda dan para pekerja gig.

Ia diharapkan untuk membantu mereka mencapai matlamat simpanan mereka dan menyediakan akses kepada aliran tunai dengan kadar faedah harian.

Bank GXS merupakan yang pertama daripada dua bank digital baru yang diberikan lesen oleh bank pusat tempatan.

Akaun simpanan GXS tiada tempoh had minimum tertentu, baki akaun minimum atau kadar faedah berperingkat.

Para pelanggan juga boleh membuat deposit sehingga $5,000 dan dibahagikan kepada lapan poket simpanan untuk memenuhi matlamat tertentu.

Mereka juga boleh meraih faedah harian sehingga 1.58 peratus setahun dalam poket-poket simpanan tersebut berbanding faedah 0.08 peratus dalam akaun utama.

Aplikasi akaun simpanan itu boleh dimuat turun mulai 5 September depan dan perkhidmatannya akan dilancarkan secara berperingkat kepada kakitangan dan pelanggan tertentu Grab, Singtel dan bank itu sendiri.

Bank GXS juga berharap untuk memperluaskan khidmatnya kepada produk kredit pada masa depan.
Sumber : CNA/IA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan