Grab siasat insiden libatkan pekerja penghantaran makanan di Tampines 1
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Google Street View)
BERITAmediacorp: Syarikat Grab sedang menjalankan siasatan ke atas satu insiden yang melibatkan seorang pekerja penghantaran makanannya.
Ini menyusuli aduan seorang wanita mengenai perbuatan pekerja berkenaan yang meletakkan makanan di atas tong sampah kitar semula sementara menunggu lif dan sikap tidak berbudi bahasa yang menyuruh beliau "Get out la faster" (cepat keluar) dari lif yang dinaiki mereka.
Aduan itu dimuat naik menerusi satu catatan di akaun Facebook wanita berkenaan, dengan nama akaun "Syazz Hashim".

Insiden tersebut berlaku di pusat beli-belah Tampines 1 pada Khamis (22 Dis).
Wanita itu dilaporkan sedang menunggu lif bersama tiga anak kecilnya - 21 bulan, 7 tahun dan 9 tahun - di kawasan lobi lif di tingkat lima pusat beli-belah tersebut.
Pada waktu yang sama, seorang pekerja penghantaran yang memakai kemeja-T Grab dilihat mungkin "sedang dalam tergesa-gesa", menurut catatan wanita berkenaan.
Beliau menambah, sementara menunggu lif, lelaki berkenaan meletakkan makanan yang dibawanya di atas tong sampah.
Sejurus tibanya lif, lelaki tersebut bergegas masuk mendahului wanita dengan tiga orang anaknya.
Anak perempuan wanita kemudian tersilap memicit butang bagi tingkat 3 sedangkan mereka mahu ke tingkat 2.
Apabila lif itu sampai di tingkat tiga, pekerja penghantaran berkenaan memarahi anak wanita tersebut dan memberitahunya supaya "jangan menekan (butang lif) sebarangan".
Lif kemudian tiba di tingkat 2, di mana anak wanita itu keluar untuk menekan butang dari luar lif agar ibunya dapat menolak kereta sorong untuk keluar.
Sedang mereka keluar, lelaki tersebut dikatakan menyuruh mereka "Get out la faster" (cepat keluar) dari lif yang dinaiki.
Menurut wanita itu, beliau memberitahu pekerja penghantaran tersebut bahawa "my daughter is pressing for me, kindly wait" (anak perempuan saya sedang menekan (butang lif) untuk saya (keluar), sila tunggu) dan "This is my daughter & not yours so please shut up" (ini anak perempuan saya dan bukan anak awak. Jadi diam sahaja).
Lelaki itu kemudian naik berang dan meninggikan suaranya dan berkata: "no need to press anything la just get out!" (tidak perlu picit apa-apa. Keluar sahaja!)
Menerusi catatannya, wanita itu menyatakan: "Saya tidak boleh bayangkan jika saya membawa seorang lagi anak saya yang berusia 9 bulan, apa yang akan terjadi kerana akan ada dua kereta sorong bayi. Sesetengah orang kurang baik kepada kanak-kanak termasuk bayi."
"Saya faham dia perlu cepat tetapi lif diutamakan untuk orang seperti kami memandangkan kami tidak boleh menggunakan tangga bergerak. Sila tangani kemarahan awak dan jangan lepaskannya terhadap wanita dan anak-anak kecil."
Catatan Facebook wanita itu, menarik perhatian Grab selepas beliau meminta syarikat tersebut agar menangani isu tersebut.
Dalam responsnya, Grab menekankan bahawa pihaknya tidak bertolak ansur terhadap kelakuan sedemikian daripada rakan penghantaran mereka.
Grab juga menyatakan ia sudah memaklumkan insiden itu kepada pasukan yang bertindak menjaga mutu rakan-rakan penghantaran untuk menjalankan siasatan dan meneliti insiden tersebut secara dalaman.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.