Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Grab SG lancar 'Quiet Ride' bagi penumpang gemar perjalanan tanpa banyak perbualan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Grab melancarkan satu khidmat baru khusus bagi para penumpang yang lebih gemar melakukan perjalanan menaiki kereta sewa privet (PHV) tanpa mengadakan banyak perbualan.

Syarikat tersebut membuat pengumuman demikian di halaman Facebooknya pada Isnin (13 Feb).

Menerusi khidmat 'Quiet Ride', pemandu akan dimaklumkan sama ada penumpang inginkan perjalanan yang sepi daripada perbualan.

Menurut laman tersebut, syarikat itu telah memperkenalkan ciri tersebut di Malaysia.

Khidmat itu ditawarkan secara percuma dan boleh diaktifkan serta disimpan bagi perjalanan GrabCar pada masa lain, dengan menghidupkan ciri 'Quiet Ride' dalam aplikasi Grab.

Ciri itu bagaimanapun belum lagi ditawarkan bagi khidmat GrabShare dan GrabHitch.

Apabila ciri 'Quiet Ride' diaktifkan, pengguna akan menerima makluman dalam aplikasi Grab mereka untuk memaklumkam bahawa ciri itu dihidupkan.

Menurut Grab, pemandu yang mengambil tempahan tersebut akan dimaklumkan tentang pilihan penumpang itu.

Namun, mereka mungkin tetap perlu periksa dengan penumpang mengenai butiran perjalanan, menjawab panggilan telefon atau memilih untuk menghidupkan radio mahupun memainkan muzik.

Syarikat tersebut memberi jaminan bahawa ia akan melakukan sebaik mungkin untuk memaklumkan rakan pemandu mereka mengenai pilihan pelanggan bagi perjalanan tanpa banyak perbualan.

"Jika perjalanan tersebut tidak seperti yang anda inginkan, sila beritahu rakan pemandu itu," menurut syarikat tersebut.

RESPONS BERCAMPUR-CAMPUR

Pengumuman Grab menerima respons yang bercampur-campur daripada warga net.

"Pemandu yang senyap mungkin ngantuk...Kadangkala, lebih baik untuk berbual dengan pemandu untuk memastikan mereka berjaga dan berwaspada," ujar seorang pengguna Facebook.

Sebilangan warga net memuji insiatif tersebut bagi membantu para pemandu, yang kini boleh hanya mengikuti arahan GPS daripada perlu untuk bertanya kepada penumpang mengenai laluan pilihan mereka.

Seorang pemandu malah, berkongsi bahawa penumpang yang seringkali memulakan perbualan kebanyakan masa.

CNA sudah menghubungi Grab untuk mengulas mengenai sambutan para pemandunya terhadap insiatif tersebut.
Sumber : CNA/HA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan