Grab rintis khidmat khas 24-jam bagi karyawan jagaan kesihatan
Pengendali khidmat kereta sewa Grab mengumumkan pada Rabu (12 Feb) khidmat khas 24-jam untuk menghantar karyawan jagaan kesihatan pulang dari tempat kerja.

(Gambar: Grab)
SINGAPURA: Pengendali khidmat kereta sewa Grab mengumumkan pada Rabu (12 Feb) khidmat khas 24-jam untuk menghantar karyawan jagaan kesihatan pulang dari tempat kerja.
Khidmat baru yang dipanggil GrabCare, akan mula ditawarkan Jumaat ini (14 Feb)sebagai percubaan bagi pekerja jagaan kesihatan di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dan Hospital Tan Tock Seng (TTSH).
Mereka yang sudah mendaftar bagi khidmat GrabCare boleh menempah perjalanan ke rumah dengan memilih ikon GrabCare di dalam aplikasi Grab.
Grab merancang untuk meluaskan khidmat itu bagi perjalanan dari rumah ke hospital dan melibatkan lebih banyak hospital, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan media.
Menurutnya khidmat tersebut "bertujuan meringankan beban karyawan jagaan kesihatan yang mungkin mengalami masalah mendapatkan khidmat pengangkutan disebabkan meningkatnya kesedaran awam tentang virus korona COVID-19."
Sekitar 2,000 pemandu Grab sudah berdaftar untuk menawarkan khidmat tersebut.
Para pemandu juga secara rela komited untuk menawarkan khidmat pengangkutan mengikut permintaan bagi karyawan jagaan kesihatan sebelum dan selepas syif masing-masing.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.