Skip to main content

Singapura

Grab rintis ciri pembantu suara bagi golongan kurang daya penglihatan

Syarikat Grab memperkenalkan ciri pembantu suara yang baharu dalam aplikasi mudah alihnya. Ciri tersebut sedang dirintis bagi memudahkan golongan kurang daya penglihatan untuk menempah khidmat kereta sewa privet.

Anggaran Waktu Membaca:
Grab rintis ciri pembantu suara bagi golongan kurang daya penglihatan

Grab melancarkan Pusat Kecemerlangan Kecerdasan Buatan pertamanya pada 23 Mei 2025. (Gambar: Grab Singapore).

Diterbitkan : 23 May 2025 07:05PM Dikemas Kini : 23 May 2025 07:12PM
SINGAPURA: Syarikat Grab memperkenalkan ciri pembantu suara yang baharu dalam aplikasi mudah alihnya. Ciri tersebut sedang dirintis bagi memudahkan golongan kurang daya penglihatan untuk menempah khidmat kereta sewa privet.

Ciri baharu itu diumumkan semasa pelancaran Pusat Kecemerlangan Kecerdasan Buatan (AI) pertama syarikat tersebut pada Jumaat (23 Mei).

Menurut Grab, inisiatif itu melibatkan sekitar 80,000 sampel suara bagi memperhalusi model tersebut.

Ia kini berupaya mengenali hampir 90 peratus loghat Singapura dan nama-nama bangunan.

Dalam pada itu, Grab turut menyatakan bahawa pusat kecemerlangan baharunya bertujuan untuk meningkatkan daya penghasilan dan pertumbuhan.

Ia sedang membangunkan keupayaan untuk menjadikannya lebih pantas dan mudah untuk para kakitangan dan perniagaan kecil menguji huraian AI.

Disamping itu, Grab sedang bekerjasama dengan pemerintah untuk memanfaatkan data nyata bagi menyokong pemantauan trafik dan banjir.

Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong berkata pemerintah akan terus membantu syarikat-syarikat menggunakan huraian AI seumpama itu.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita