Skip to main content

Singapura

Grab peruntuk $4 juta setahun bagi sokong kesihatan, kesejahteraan pekerja

Syarikat khidmat kereta sewa privet Grab akan memperuntukkan S$4 juta setiap tahun bagi menyokong kesihatan dan kesejahteraan para pemandu dan pekerja penghantarannya.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat khidmat kereta sewa privet Grab akan memperuntukkan S$4 juta setiap tahun bagi menyokong kesihatan dan kesejahteraan para pemandu dan pekerja penghantarannya.

Mulai tahun depan, kebanyakan daripada pekerja sepenuh masa Grab dapat meraih manfaat daripada bayaran subsidi untuk jagaan kesihatan dan vaksinasi selesema tahunan secara percuma.

Grab akan membayar sehingga S$45 bagi setiap lawatan ke doktor atau khidmat teleperubatan, sebanyak dua kali dalam setahun.

Para pekerja yang layak akan mempunyai akses kepada lebih 700 klinik dan penyedia khidmat teleperubatan.

Selain itu, para pekerja boleh mendapatkan khidmat urut secara percuma dari Grab sebanyak sekali pada setiap suku tahun.

Grab juga akan membiayai yuran keanggotaan selama enam bulan bagi mereka yang menyertai persatuan berkaitan industri.

Ia merupakan antara manfaat baharu selain daripada manfaat-manfaat yang diumumkan sebelum ini seperti insurans cuti sakit berpanjangan secara percuma.

"Kami sering bersembang dengan para pemandu kami sambil minum kopi atau menerusi sesi kumpulan fokus bersama mereka.

"Antara maklum balas yang diterima adalah keprihatinan utama mereka iaitu kos sara hidup dan perbelanjaan harian, terutama sekali berhubung kos operasi serta sebarang bil perubatan yang tidak dijangka.

"Jadi sebagai sebahagian daripada manfaat 2.0 Grab, kami ingin pastikan bahawa ia dapat meliputi sebahagian daripada keprihatinan itu," kata Pengarah Pengurusan Grab Singapore, Yee Wee Tang.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita