Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Grab pertahan perjanjian dengan Uber

Syarikat kereta sewa Grab menyatakan hari ini (27 Jul) bahawa pihaknya tidak bersetuju dengan penilaian badan pemerhati antimonopoli berhubung pengambilalihan Uber yang dipercayai menjejas persaingan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Jul 2018 02:23PM Dikemas Kini : 27 Jul 2018 09:25PM

SINGAPURA: Syarikat kereta sewa Grab menyatakan hari ini (27 Jul) bahawa pihaknya tidak bersetuju dengan penilaian badan pemerhati antimonopoli berhubung pengambilalihan Uber yang dipercayai menjejas persaingan. Grab juga berpendapat bahawa penilaian itu bersifat berat sebelah.

Awal tahun ini, Uber Technologies Inc menjual perniagaannya kepada pesaingnya, Grab. Dengan itu, Uber memegang sebahagian saham Grab yang berpangkalan di Singapura. Namun, perjanjian itu menimbulkan keprihatinan pihak berkuasa.

Pada awal bulan ini, Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) mendapati gabungan antara kedua-dua syarikat itu akan hanya mengurangkan persaingan.

CCCS dijangka akan membuat keputusan selepas Grab membentangkan penjelasannya minggu ini dan ia juga akan mengambil kira maklum balas orang ramai berhubung isu tersebut. CCCS sudah mengusulkan denda terhadap kedua-dua firma itu.

Dalam respons bertulisnya, Grab menyatakan bahawa pada masa yang sama Suruhanjaya itu membenarkan pemain-pemain industri yang lain untuk mengekalkan atau memeterai perjanjian eksklusif dengan pemandu, syarikat sewa kereta dan pengendali teksi tanpa sekatan.

"Grab percaya bahawa sikap berat sebelah ini bercanggah dengan usaha untuk meluaskan pilihan penumpang dan pemandu," menurutnya.

Grab merupakan pemain utama dalam pasaran kereta sewa privet sebelum bergabung dengan Uber. Grab juga bersaing dengan para pengendali teksi seperti ComfortDelGro Corp Ltd.

Beberapa pemain baru, seperti Jugnoo dari India dan Ryde, yang berpangkalan di Singapura, juga memasuki pasaran kereta sewa privet baru-baru ini. Go-Jek dari Indonesia turut menyatakan bahawa ia akan melancarkan perkhidmatannya di Singapura.

Keputusan CCCS boleh menimbulkan kesan lebih luas, dengan Malaysia menyatakan bahawa pada bulan ini ia akan meneliti risiko-risiko monopoli yang tercetus akibat penggabungan Grab dan Uber. 

Sumber : Reuters/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan