Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Grab perkenal yuran sementara; bantu pemandu tangani kos operasi lebih tinggi

Anggaran Waktu Membaca:
Grab perkenal yuran sementara; bantu pemandu tangani kos operasi lebih tinggi

Gambar fail iklan Grab di Singapura (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 26 Mar 2022 11:35AM Dikemas Kini : 26 Mar 2022 11:35AM

SINGAPURA: Grab mengumumkan pada Jumaat (25 Mac) yuran sementara mulai 1 April bagi menyokong pemandu syarikat itu membiayai kos operasi yang lebih tinggi.

Yuran pemandu S$0.50 dikenakan bagi setiap perjalanan buat semua perkhidmatan pengangkutan kecuali perkhidmatan teksi biasa sehingga 31 Mei, menurut Grab dalam satu kenyataan media.

Grab menambah bahawa yuran ini akan disalurkan "sepenuhnya" kepada pemandu.

Langkah terbaru itu tambahan kepada skim rebat komisen dan skim diskaun minyak, menurut Grab.

Yuran sementara ini tidak dikenakan ke atas perkhidmatan Grab lain seperti penghantaran makanan dan perkhidmatan GrabMart.

"Keutamaan kami adalah untuk memastikan pemandu boleh meraih pendapatan yang stabil di platform kami,” kata Encik Alvin Wee, ketua pengangkutan bagi Grab Singapore.

Menurut Encik Wee Grab menerima maklum balas daripada pemandu mengenai kos minyak yang tinggi serta kesannya ke atas pendapatan mereka. Lantas, Grab sudah "mencari pelbagai cara untuk membantu mereka".

Pengumuman Grab itu dibuat selepas syarikat pengangkutan TADA dan Gojek turut memperkenalkan yuran sementara untuk membantu pemandu kereta sewa privet menangani kenaikan harga minyak.

BACA: Gojek akan perkenal yuran tetap sementara; bantu pemandu tangani kenaikan harga minyak

Harga minyak semakin meningkat sejak beberapa minggu lalu dek pencerobohan Rusia di Ukraine. dengan pakar mengatakan turun naik harga mungkin akan berterusan.

Grab pada Jumaat menyatakan bahawa pihaknya akan memberi diskaun minyak bagi pemandu kereta sewa privet dan pemandu penghantaran.

Mulai April, pemandu Grab yang layak akan diberikan potongan harga tambahan sekali sahaja sebagai sebahagian daripada kerjasama Grab dengan syarikat petroleum, Caltex. Ini adalah tambahan kepada potongan harga 29 peratus CaltexGo sedia ada.

Pemandu penghantaran di bawah program Emerald, Ruby dan Sapphire juga akan diberi diskaun 20 peratus, menurut Grab.

Grab menambah ia juga bekerjasama dengan peruncit basikal dan basikal elektronik untuk menawarkan potongan harga kepada pemandu penghantaran yang ingin beralih kepada kenderaan yang tidak menggunakan minyak.

Sumber : CNA/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa