Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Grab kurangkan tempoh tunggu penumpang dari 5 kepada 3 minit mulai 18 Jul

Anggaran Waktu Membaca:
 Grab kurangkan tempoh tunggu penumpang dari 5 kepada 3 minit mulai 18 Jul

Gambar fail iklan Grab di Singapura (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Grab Singapura akan mengurangkan tempoh menunggu bagi khidmat kereta sewa privetnya daripada lima minit kepada tiga minit mulai minggu depan.

Demikian diumumkan syarikat tersebut hari ini (11 Jul).

Mulai 18 Julai, pengguna harus secara automatik membayar caj tambahan jika mereka membuat pemandu tunggu lebih daripada tiga minit, Grab menyatakan bahawa satu pemberitahuan akan dihantarkan kepada pelanggan dan pemandu.

Buat masa ini, "caj menunggu" yang akan dikenakan selepas tempoh menunggu adalah S$3 bagi setiap lima minit.

Mediacorp sudah menghubungi Grab untuk mengetahui sama ada caj tersebut akan berterusan dan sebab disebalik perubahan dalam dasar.

Tempoh menunggu yang dikurangkan akan dikenakan bagi khidmat JustGrab, GrabCar, GrabCar Plus, GrabCar Premium, GrabPet dan GrabFamily.

Selain itu, Grab akan mengurangkan tempoh pembatalannya daripada lima minit kepada tiga minit bagi penumpang selepas mereka mendapat seorang pemandu. Pengguna juga harus membayar S$4 bagi setiap pembatalan.

Perkara tersebut juga akan dikuatkuasakan mulai Isnin depan (18 Jul).

Menurut laman syarikat itu, dasar bayaran untuk menunggu penumpang sudah wujud sejak Disember 2016 "untuk memastikan bahawa rakan-rakan pemandu diberikan pampasan sewajarnya bagi masa tambahan kerana menunggu penumpang melebihi tempoh yang ditetapkan".

Saingan utama Grab, Gojek, tidak mengenakan bayaran menunggu tetapi penumpang perlu membayar caj pembatalan S$4 dalam keadaan tertentu.

REAKSI DARIPADA PEMANDU DAN PENUMPANG

Pemandu Grab yang diwawancara oleh Mediacorp mengalu-alukan langkah tersebut. Salah seorang daripada mereka, Encik Alan Chee, 59 tahun, berkata bahawa mengurangkan tempoh menunggu akan memberikan faedah kepada pemandu seperti diri beliau.

"Mereka sedang cuba untuk membolehkan pemandu dapat keuntungan lebih. Ia bukan sesuatu yang kurang baik namun memberikan lebih banyak tekanan (kepada penumpang)," kata Encik Chee.

Avery Hoo, 41 tahun berkata bahawa beliau antara kumpulan pemandu yang memberikan maklum balas mengenai tempoh menunggu. Hampir semua pemandu inginkan tempoh itu dikurangkan kerana sekurang-kurangnya separuh daripada penumpang mereka hanya akan tiba selepas empat minit atau lebih, tambahnya.

Pengguna khidmat pengangkutan, Renee Koh, seorang guru berkata perkara itu akan memberi kesan kepada keputusan untuk menempah khidmat Grab untuk ibunya yang ada kesukaran untuk berjalan.

Encik Mohamed Khairul Ismail, 27 tahun, yang menggunakan khidmat pengangkutan Grab dua hingga tiga kali dalam seminggu berkata langkah itu tidak akan menjejas beliau kerana beliau lazimnya akan sampai dalam masa tiga minit dan memantau aplikasi Grab dan memastikan beliau sampai tepat pada masanya.
Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan