Grab kenakan 'yuran platform' tambahan $0.30 bagi perjalanan
Mulai 18 Disember, para pelanggan Grab perlu membayar yuran tambahan $0.30 bagi semua perjalanan kecuali GrabHitch dan GrabResponse.
Gambar fail pemandu dan aplikasi sewa kereta privet Grab (Gambar: TODAY)
SINGAPURA: Mulai 18 Disember, para pelanggan Grab perlu membayar yuran tambahan $0.30 bagi semua perjalanan kecuali GrabHitch dan GrabResponse.
Ini dilakukan selepas Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) pada bulan lalu menarik balik langkah-langkah dikenakan terhadap Grab.
Sekatan itu dikenakan pada September 2018 berhubung penggabungan Grab dengan Uber.
"Yuran platform itu akan disalurkan kepada inisiatif pembiayaan yang akan menjadikan perjalanan lebih baik dan selamat bagi anda dan rakan-rakan pemandu kami," menurut syarikat itu dalam satu pengumuman pada Jumaat (11 Dis).
Dua pertiga yuran itu akan disalurkan kepada penyenggaraan, pembangunan dan peningkatan manfaat produk dari sudut keselamatan, mutu dan daya penghasilan tambah Grab.
Baki sepertiga akan disalurkan kepada inisiatif untuk menyokong pemandu seperti faedah dan elauan latihan.
Dalam laman FAQ, Grab menyatakan apabila menempah perjalanan, tambang ditunjukkan akan mengambil kira yuran platform itu.
Bagi tambang perjalanan teksi mengikut meter, yuran platform berkenaan akan ditambahkan kepada yuran penempahan.
Sebagai contoh, jika yuran penempahan adalah $2.30, $0.30 itu akan ditambahkan kepada jumlah tersebut.
Para penumpang boleh melihat perincian tambang mereka pada resit lengkap.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.