GPC Pengangkutan akan pantau kenaikan harga COE, kesan kos pengangkutan terhadap warga SG
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Jeremy Long
SINGAPURA: Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) yang menyelia pengangkutan sedang memantau kenaikan harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) serta kesannya terhadap kos pengangkutan warga Singapura.
Demikian menurut pengerusinya Saktiandi Supaat kepada Mediacorp.
Encik Saktiandi (PAP-Bishan-Toa Payoh) berkata demikian semasa menyentuh tentang harga premium COE yang melambung tinggi menyusuli bidaan terkini pada 5 April, yang menyaksikan harga bagi kenderaan dalam Kategori A dan B ditutup pada harga yang melepasi paras rekod buat dua kali berturut-turut.
Bagi kereta dalam Kategori A, atau 1,600cc dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp,premiumnya ditutup pada harga S$96,501, naik daripada S$93,503 dalam bidaan lalu.
Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B juga melonjak sehingga S$118,501 berbanding harga sebelum ini, iaitu S$116,201 pada 22 Mac.
Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) ditubuhkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk "meneliti perundangan dan program pelbagai kementerian", menurut laman parti tersebut. GPC-GPC juga berfungsi sebagai saluran tambahan bagi maklum balas terhadap dasar-dasar pemerintah.
"Terdapat beberapa perubahan baru-baru ini yang dibuat pada struktur seperti purata bergerak, tetapi kesannya mungkin akan mengambil masa," kata Encik Saktiandi, sambil merujuk kepada kaedah penyesuaian terkini dalam mengira kuota COE yang diperuntukkan bagi bidaan.
Di bawah kaedah tersebut yang berkuat kuasa dari 1 Februari, jumlah COE yang diperuntukkan bagi bidaan setiap suku adalah purata bergerak bagi jumlah kenderaan yang dibatalkan pendaftarannya sepanjang tempoh empat suku sebelumnya dan bukan dua suku.
Ia bermatlamat untuk mengurangkan lagi naik turun bekalan COE dari suku ke suku.
"Kami sedia maklum bahawa permintaan kekal tinggi, tetapi kitarannya mungkin bertukar pada separuh kedua 2023 atau hujung 2023, seperti yang dibangkitkan oleh beberapa peserta pasaran," tambah Encik Saktiandi, yang juga merupakan seorang ahli ekonomit.
MENGAWAL HARGA COE
Kenaikan pada harga COE mencerminkan "permintaan yang berterusan bagi kereta", seiring dengan "dasar sifar pertumbuhan kenderaan" yang "sepatutnya mengawal dan mengurangkan bekalan COE", kata Encik Saktiandi.
Jawatankuasa tersebut bagaimanapun mungkin perlu memantau dengan rapi sekiranya harga COE menjangkaui tahap yang mungkin "kurang optimal" disebabkan oleh "faktor-faktor bekalan dan permintaan bukan sebenar" yang didorong oleh ketidakberkesanan pasaran yang menyebabkan ketidakstabilan harga".

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.