Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

GP, pesakit syor perluas subsidi ubat agar inisiatif SG Yang Lebih Sihat lebih menarik

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dengan meningkatkan subsidi ubat dan memasukkan lebih banyak jenis ubat dalam senarai subsidi akan mengalakkan lebih ramai orang untuk menyertai program kesihatan nasional SG Yang Lebih Sihat, kata doktor keluarga (GP) dan pesakit. 

GP yang ditemui Mediacorp berkata mereka perlu menambah sumber mereka untuk menangani banjiran pesakit baru yang ingin berdaftar di klinik mereka. 

Pada Rabu (21 Sep), Kementerian Kesihatan (MOH) mengemukakan Kertas Putih mengenai inisiatif SG Yang Lebih Sihat dengan pendaftaran  bermula dengan penduduk berusia 60 tahun dan ke atas pada separuh kedua 2023, disusuli mereka dalam kumpulan usia 40 hingga 49 tahun, dua tahun akan datang. 

Skim berkenaan pertama kali diumumkan pada Mac oleh Menteri Kesihatan Ong Ye Kung dan sejak itu, MOH sudah bertemu lebih 6,000 penduduk Singapura dan pihak berkepentingan seperti GP privet, majikan dan rakan masyarakat. 

SUBSIDI LEBIH TINGGI, LEBIH BANYAK UBAT DALAM SENARAI

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tersebut, MOH akan memperkenalkan subsidi ubat berperingkat yang baru di bawah Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS) bagi ubat yang digunakan untuk mengurus penyakit kronik. Ini supaya harga ubat di klinik GP dipadankan  dengan harga di poliklinik. 

Ini termasuk ubat yang membantu menguruskan penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi misalnya.

Namun, Dr Sunil Kumar Joseph, GP di Tayka Medical Family Clinic di Jurong, berkata lebih banyak penyakit kronik dan ubatnya perlu disertakan dalam senarai tersebut. 

"Terdapat banyak tambahan kepada senarai itu selama ini, termasuk alahan hidung baru-baru ini. Namun, terdapat banyak lagi penyakit kronik yang tidak dimasukkan dalam senarai seperti penyakit tiroid," katanya. 

Doktor-doktor lain menarik perhatian bahawa walaupun subsidi untuk ubat bagi kebanyakan penyakit kronik akan menjadikan kos ubat dipadankan dengan harga di poliklinik dan klinik privet, kuantum subsidi bagi ubat lain perlu ditambah untuk mengurangkan perbezaan kos antara kedua-dua klinik. 

Dr Alvina Lam, pengarah perubatan dan pakar perubatan di Clinic@Costa, berkata kadar kejayaan inisiatif tersebut bergantung pada subsidi yang ditawarkan bagi ubat lain. 

"Jika inisiatif SG Yang Lebih Sihat menawarkan lebih banyak insentif dari segi jumlah diskaun yang lebih besar kepada orang ramai, saya yakin lebih ramai orang akan beralih kepada GP untuk jagaan lebih rapi dan hasil yang lebih baik," ujar Dr Lam. 

Para doktor turut menarik perhatian bahawa pesakit lazimnya ingin mendapatkan khidmat seorang pakar perubatan yang mereka percayai dan sudah terbiasa, tetapi ramai akan membuat pilihan berdasarkan kos rawatan dan ubat. 

Dr Fazil Jaffar dari Hougang Medical Clinic berkata: "Beban kos akan kurang ketara dengan adanya subsidi ubat sebagai sebahagian SG Yang Lebih Sihat. Tetapi saya rasa hanya masa yang akan menentukan sama ada subsidi yang disarankan itu mencukupi." 

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan