Gov.sg ajak masyarakat bersatu dalam semangat memberi Hari Raya ini
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan SG60, Gov.sg bekerjasama dengan Hogarth Worldwide untuk menghasilkan video muzik bertajuk 'Sehati di Aidilfitri'.

Tangkapan skrin video muzik bertajuk 'Sehati di Aidilfitri'. (Gambar: YouTube/govsg)
Video selama dua minit, yang boleh ditonton di Facebook, Instagram, dan YouTube, mengisahkan dua individu, lakonan Siti Khadijah dan Haizad Imran, yang menghulurkan bantuan kepada masyarakat.
Pelakon Hisyam Hamid turut membuat kemunculan khas sambil menunjukkan kemahirannya menganyam ketupat.
Lagu latar video pula adalah 'Oi! Raya. Oi!' oleh kumpulan tempatan Rancour, yang diberi nafas baharu bagi membangkitkan suasana perayaan.
Diarahkan oleh Cik Peggy Goh dari Freeflow Productions, video itu meraikan semangat memberi dan bergotong-royong, mencerminkan aspirasi Singapura sebagai negara yang prihatin.
Ia juga menggalakkan penonton untuk menderma kepada Program Community Chest SGSHARE bersempena Hari Raya dan SG60.
"Kami amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada kempen berkesan yang meraikan Hari Raya serta SG60. Video muzik ini memaparkan semangat memberi dan masyarakat - menekankan betapa pentingnya sikap murah hati itu boleh memperkukuhkan masyarakat dan memupuk jalinan yang bermakna," menurut Ketua Pegawai Eksekutif bagi Asia Pasifik syarikat Hogarth Worldwide, Encik Mark Wong.
Video tersebut sudah mula disiarkan di saluran Suria.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.