Google tawar 15,000 tempat latihan kemahiran digital secara percuma kepada lebih 300 SME SG

(Gambar: Pau Barrena/AFP)
SINGAPURA: Syarikat Google melancarkan kursus percuma secara online bagi membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) untuk tingkatkan keupayaan digital.
Gergasi teknologi itu menawarkan 15,000 tempat untuk lebih 300 syarikat SME menimba kemahiran dalam bidang seperti reka bentuk pengguna dan pemasaran digital.
Agensi pemerintah seperti EnterpriseSG dan SGTech akan membantu usaha pemadanan serta pengagihan biasiswa.
Program latihan secara online bergelar Sijil Kerjaya Google tersebut bertujuan membantu para pelatih mendapatkan pengalaman menggunakan alat seperti 'Python' dan 'Tableau'.
Dua kursus baru, analisa data dan kepintaran berniaga, turut ditambah.
Dalam tempoh enam bulan, para pelatih akan diberi pentauliahan yang diiktiraf para pemain industri.
Google menambah, pihaknya akan turut menangani isu biaya untuk latihan syarikat SME.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.