Google rintis ciri antipenipuan Android di SG
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Mediacorp
SINGAPURA: Dua ciri antipenipuan Android bertujuan untuk menangani penipuan peranti mudah alih akan dirintis di Singapura, umum Google pada Rabu (16 Okt).
Pengguna boleh menyekat mesej daripada nombor antarabangsa di Google Messages, dan mereka tidak boleh mematikan Google Play Protect ketika panggilan telefon.
Ciri tersebut akan dilancarkan pada peranti Android di Singapura dalam beberapa bulan akan datang.
MENYEKAT MESEJ
Pengguna Android tidak lama lagi boleh memilih untuk menggunakan ciri menyekat mesej SMS daripada nombor antarabangsa yang tidak dikenali.
"Di Singapura, teks/SMS adalah antara cara paling biasa penipu menghubungi mangsa, dengan lebih 700 kes penipuan SMS dilaporkan pada separuh pertama 2024, di mana kebanyakannya adalah hasil daripada penipu yang beroperasi dari luar negara," kata Google.
Pengguna Android boleh menggunakan ciri itu di bawah 'setting' Keselamatan di Android Messages.
Ciri menyekat mesej tersebut dihasilkan menerusi kerjasama dengan Pasukan Polis Singapura dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).
MEMATIKAN GOOGLE PLAY PROTECT
Ciri Google Play Protect (GPP) juga tidak boleh dimatikan ketika panggilan telefon.
"Penipu sering cuba memperdaya mangsa untuk mematikan GPP semasa panggilan, untuk melepasi langkah keselamatan dan memuat turun aplikasi yang berbahaya," tambah Google.
"Langkah keselamatan ini membantu melindungi pengguna daripada menjadi mangsa kepada taktik penipuan tersebut, yang sering berlaku."
Lebih daripada S$34 juta hilang akibat penipuan perisian hasad pada 2023, dengan kira-kira 1,900 kes dilaporkan.
Pada awal tahun ini, Google melancarkan ciri keselamatan baharu yang menyekat pengguna Android di Singapura daripada memuat turun aplikasi daripada sumber yang tidak disahkan secara automatik.

Pengarah strategi keselamatan Android, Eugene Liderman berkata: "Kami membuat peningkatan besar dalam melindungi pengguna daripada penipuan, dan kami akan terus mengenalkan ciri-ciri dan langkah baharu untuk kekal di hadapan penipu, sedang mereka terus mengubah taktik mereka."
"Dua ciri baharu ini mengukuhkan pengguna untuk melindungi diri mereka dan ia adalah langkah kritikal untuk meningkatkan keselamatan dalam ekosistem peranti mudah alih."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.