Google pertingkat tahap keselamatan Android untuk kesan perisian hasad dengan lebih berkesan lagi
Gambar fail: iStock
SINGAPURA: Google sedang memperkukuhkan sistem perlindungan perisian hasad Play Protect untuk mengesan dengan lebih baik sama ada aplikasi Android mungkin dijangkiti perisian hasad dengan "menambah pengimbasan masa nyata pada tahap kod".
"Peningkatan ini akan membantu melindungi pengguna dengan lebih baik daripada aplikasi polimorfik berniat jahat yang memanfaatkan pelbagai kaedah, seperti Kecerdasan Buatan (AI) yang diubah bagi mengelak pengesanan," dedah Google pada Khamis (19 Okt).
Perisian hasad polimorfik boleh menukar cirinya yang boleh dikenal pasti, sekali gus mengelakkan pengesanan daripada imbasan keselamatan Play Protect. Menurut Google, Play Protect, yang dilancarkan pada 2017, kini mengimbas 125 bilion aplikasi setiap hari.
Kemas kini itu diumumkan di tengah-tengah peningkatan kes penipuan perisian hasad Android di Singapura - lebih 750 kes sedemikian dilaporkan pada separuh pertama 2023, dengan jumlah kerugian bernilai sekurang-kurangnya S$10 juta (AS$7.2 juta).
Sebelum ini, Play Protect menjalankan pemeriksaan masa nyata dan memberi amaran kepada pengguna apabila aplikasi yang diketahui berniat jahat daripada risikan pengimbasan atau dikenal pasti mencurigakan daripada pembelajaran mesin pada peranti, dedah Google selanjutnya.
"Google Play Protect kini akan menyarankan imbasan aplikasi masa nyata apabila memasang aplikasi yang tidak pernah diimbas sebelum ini untuk membantu mengesan ancaman-ancaman baharu," tambah gergasi teknologi itu.
Ciri pengimbasan yang dipertingkatkan itu sudah mula dilancarkan di negara-negara tertentu, bermula dengan India, dan "akan berkembang ke semua rantau dalam masa beberapa bulan akan datang."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.