Google perkenal ciri antipenipuan baharu sasar aplikasi tidak sah pada peranti Android
Anggaran Waktu Membaca:
Telefon bijak Android. (Gambar: iStock/NguyenDucQuang)
SINGAPURA: Sebilangan pengguna Android di Singapura akan secara automatik dihalang memuat turun aplikasi daripada sumber-sumber yang tidak disahkan, dengan satu ciri keselamatan baharu.
Google merancang melancarkan ciri itu secara bertahap-tahap pada beberapa bulan akan datang.
Ia sebahagian daripada satu ujian yang dijalankan untuk melindungi para pengguna dengan lebih baik lagi, daripada penipuan perisian hasad. Inisiatif ini dilakarkan hasil kerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber (CSA) Singapura.
"Singapura akan menjadi negara pertama untuk mula menguji ciri ini pada peranti-peranti Android sepanjang beberapa minggu akan datang," menurut Google menerusi satu kenyataan media, sambil menambah bahawa ciri baharunya adalah lanjutan kepada sistem perlindungan perisian hasad 'Google Play Protect'.
Apabila para pengguna cuba memuat turun aplikasi daripada kedai app yang tidak disahkan, ciri keselamatan terbaharu Google akan secara automatik menghalang proses tersebut sekiranya app itu didapati sering menggunakan izin yang sering kali dieksploitasi bagi penipuan kewangan.
Izin oleh pengguna lazimnya memberi app akses tambahan kepada data tertentu seperti SMS dan pemberitahuan telefon.
Para pengguna akan diberi penjelasan sekiranya percubaan untuk memuat turun aplikasi yang mencurigakan, dihalang.

Dalam kemas kini sebelum ini oleh Google Play Protect, para pengguna disarankan menjalankan imbasan app masa nyata untuk mengesan lebih baik lagi sama ada aplikasi Android mengandungi perisian hasad. Apabila imbasan itu selesai dijalankan, para pengguna akan dimaklumkan sama ada ia boleh dimuat turun dengan selamat.
Eugene Liderman, pengarah strategi keselamatan Android di Google, memberitahu Mediacorp bahawa peningkatan pada keupayaan Google Play Protect, yang menggunakan imbasan masa nyata, dilancarkan sepenuhnya di Singapura pada November 2023.
Sejak pelancaran imbasan masa nyata pada Oktober lalu, Google menyatakan ia sudah membantu mengenal pasti lebih 515,000 app yang berpotensi berbahaya, selain menghalang atau memberi amaran kepada para pengguna sebanyak hampir 3.1 juta kali apabila mereka mencuba memuat turun aplikasi sedemikian.
"Orang awam dinasihati supaya tidak memuat turun sebarang fail APK yang mencurigakan pada peranti masing-masing kerana mereka mungkin mengandungi perisian hasad yang akan membolehkan penipu mendapatkan akses dan mengawal peranti mereka dari jauh, selain mencuri semua kata laluan yang disimpan di dalam peranti berkenaan," menurut polis dalam maklumannya pada Julai lalu.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.