Google, MOE bangunkan makmal AI di institusi pengajian tinggi SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Google dan Kementerian Pendidikan (MOE) akan membangunkan Makmal Kecerdasan Buatan (AI) di beberapa institusi pengajian tinggi (IHL) di Singapura.
Sehingga 50,000 pelajar tempatan dijangka dapat menimba ilmu tentang AI berasaskan aplikasi dunia sebenar melalui inisiatif ini.
Makmal pertama seumpamanya sudah siap di ITE Kolej Timur, manakala kemudahan serupa di Politeknik Nanyang dan institusi lain akan menyusul menjelang tahun 2027.
Makmal AI Google di ITE Kolej Timur adalah seluas 325 meter persegi.
Di sini, para pelajar, pendidik dan rakan industri boleh mencipta prototaip dan membangunkan projek AI yang relevan dengan konteks sekolah dan tempat kerja moden.
Kemudahan ini dibahagikan kepada dua zon utama.
Yang pertama dikenali sebagai 'AI Discovery Zone'.
Ruang dengan konsep terbuka ini membolehkan pengunjung meneroka teknologi AI terkini dalam persekitaran pembelajaran yang kolaboratif.
Zon ini pula dipanggil 'AI Sandbox Studio'.
Di sinilah para pelajar boleh menjalankan tugasan AI sambil dibimbing pendidik.

Sumber : CNA/AQ/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.