Google ikrar dana AS$1 juta untuk bantu Mandai Nature tangani krisis iklim
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Lembaga Taman Negara (NPARKS)
SINGAPURA: Google akan mengikrarkan komitmen AS$1 juta (S$1.4 million) kepada Mandai Nature sebagai sebahagian daripada langkah gergasi teknologi itu untuk menangani krisis iklim.
Ini adalah geran pertama dari Google yang menumpukan perhatian kepada kemampanan di Singapura, menurut syarikat tersebut pada Selasa (23 Ogos).
Geran itu ditawarkan melalui cabang kedermawanan Google, iaitu Google.org.
Geran tersebut akan membantu Mandai Nature untuk "mempercepatkan pelaburan dalam huraian iklim yang akan memanfaatkan alam semula jadi dan para penduduk Asia Tenggara", menurut Google.
Dengan pembiayaan dana itu, Mandai Nature akan menyokong Gabungan Huraian Berasaskan Iklim dan Alam Semula Jadi Asia Tenggara yang terdiri daripada lapan pertubuhan bukan pemerintah (NGO) diiktiraf global yang terkenal atas usaha pemuliharaan alam sekitar.
Geran tersebut yang diumumkan semasa acara sulung Google di Singapura pada Selasa (23 Ogos) turut menyentuh tentang "cabaran utama bagi pertubuhan bukan pemerintah dalam menangani krisis iklim. Ia berikutan kekurangan data dan bukti yang diyakini untuk memaklumkan di mana dan bagaimana untuk melaksanakan program mengikut kadar dan skala yang diperlukan”, menurut Google.
KERJASAMA AI DENGAN PEMERINTAH S'PURA
Semasa acara tersebut yang juga diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-15 Google di Singapura, syarikat itu turut mengumumkan kerjasama antara Google Cloud dan Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGG) untuk "mencipta bersama huraian AI (Kecerdasan Buatan) yang akan memperbaiki cara rakyat Singapura bekerja dan hidup".
Sebagai kerjasama pertama dengan syarikat teknologi global, kerjasama itu juga bertujuan untuk mempertingkatkan keupayaan AI dalam perkhidmatan awam dan mencorakkan tadbir urus dan etika AI, menurut Google.
Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong menarik perhatian semasa acara tersebut bahawa "masih terdapat peluang besar di Singapura dan seluruh Asia, terutama sekali di Asia Tenggara".
"Ekonomi digital di Asia Tenggara baru sahaja bermula. Ia didorong oleh pasaran pengguna digital yang besar dan belum diteroka. Namun, berkembang dengan pesat," kata beliau.
"Singapura yang terletak di tengah-tengah Asia berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang ini."
Peluang ekonomi yang lain termasuk sijil kelima (Pemasaran Digital dan e-dagang) pada Sijil Kerjaya Google dan konsortium majikan yang diperluaskan.
Sebagai sebahagian daripada program Skills Ignition SG, Google juga akan mempertingkatkan program latihan untuk 60 warga Singapura.
Para pelatih terpilih akan menjalani program latihan sepenuh masa selama 12 bulan dalam pemasaran digital atau infrastruktur (pengkomputeran awan) profesional berbanding dengan latihan sembilan bulan sebelum ini.
50,000 IBU BAPA DAN KANAK-KANAK AKAN DILATIH DALAM KESELAMATAN ONLINE
Sedang pendedahan kepada ancaman online semakin meningkat, Google juga mengumumkan kerjasama dengan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Majlis Celik Media untuk melatih 50,000 ibu bapa dan kanak-kanak mengenai keselamatan online pada tahun depan.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.