Skip to main content

Singapura

Google buka pusat data ke-4; lengkap dengan ciri mampan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Jun 2024 08:21PM Dikemas Kini : 03 Jun 2024 08:56PM
SINGAPURA: Pusat data keempat syarikat Google dibuka secara rasmi di Singapura.

Kemudahan terbaharunya menyokong pelbagai khidmat digital gergasi teknologi itu, termasuk 'Google Maps'.

Pencapaian penting ini membawa pelaburan keseluruhan Google di Singapura kepada AS$5 bilion, 5 kali ganda berbanding 2018.

Pusat data terkini tersebut juga lengkap dengan ciri-ciri mampan.

Ia beroperasi pada suhu purata 27 darjah Celcius, lebih baik daripada kadar piawaian industri, serta tidak perlukan banyak bekalan tenaga.

Pusat data itu juga mengitar semula air dan menampilkan cara-cara cekap tenaga yang lain.

Menurut Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan Dr Janil Puthucheary, semakin meluas minat dalam kecerdasan buatan (AI) dan teknologi maju, semakin banyak pusat data lebih mampan diperlukan.
 
Sumber : CNA/IA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita