Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Google buka pusat data ke-3, kukuhkan pelaburan di Singapura

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Aug 2022 07:09PM Dikemas Kini : 23 Aug 2022 08:41PM
SINGAPURA: Google mengukuhkan pelaburannya di Singapura dengan pelancaran pusat data ketiga dan satu kerjasama dengan Pemerintah untuk mewujudkan huraian kecerdasan buatan (AI).

Syarikat teknologi itu juga akan melatih 50,000 ibu bapa dan pelajar dalam keselamatan siber dalam tempoh setahun ini.

Demikian antara inisiatif baru yang diumumkannya dalam acara 'Google bagi Singapura', bagi meraikan ulang tahun ke-15 syarikat itu di Singapura.

Daripada 24 pekerja kepada 3,000 tenaga kerja, Google sudah mengukuhkan kedudukannya di Singapura sejak 15 tahun lalu.

Dengan pelancaran pusat data ketiga dan terbaru di negara ini, nilai keseluruhan pelaburan pusat data Google di Singapura ialah AS$850 juta (S$1.19 bilion.)

Di acara Google bagi Singapura yang diadakan buat julung-julung kalinya pada Selasa (23 Ogos), Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata Singapura perlu memastikan teknologi kekal sebagai satu kuasa bagi kebaikan.

Encik Wong berkata dalam mempercayai perubahan besar potensi teknologi, terdapat juga keperluan untuk melindungi kekurangan teknologi.

"Sebagai contoh, kekurangan dari sudut berita palsu, salah maklumat, kepalsuan online dan bahaya online. Jadi kami perlu bekerjasama untuk melibatkan anak muda dalam kesejahteraan siber dan kecelikan digital," tambah beliau.

Lantaran itu, Google sedang bekerjasama dengan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Majlis Kecelikan Media untuk melatih 50,000 ibu bapa dan pelajar dalam tempoh setahun ini.

Google Cloud juga bekerjasama dengan Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital untuk mewujudkan bersama huraian AI dan mendalami kemampuan AI dalam perkhidmatan awam.

Dalam perkembangan lain, Google turut akan mengikrarkan komitmen AS$1 juta (S$1.4 juta) kepada Mandai Nature untuk "mempercepatkan pelaburan dalam huraian iklim".
Sumber : CNA/RU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan