Golongan yang dapatkan bantuan atasi ketagihan judi semakin muda
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para kaunselor yang menangani masalah ketagihan judi mengatakan, golongan yang mendapatkan bantuan kini semakin muda.
Menurut para kaunselor lagi, golongan tahi judi yang celik digital, lebih mudah mengakses laman perjudian haram, dan senang diperdaya untuk mendapatkan wang secara mudah.
Sebuah pusat pemulihan daripada ketagihan menawarkan khidmat kaunseling bagi mereka yang dibelenggu masalah ketagihan seperti judi.
Ia kini menyaksikan trend di mana lebih ramai tahi judi kini semakin muda dan melakukan perjudian menerusi teknologi canggih.
Ada di kalangan mereka berusia semuda 20 tahun.
Bagi anak-anak muda, mereka selalunya bertaruh dalam sukan-sukan seperti bola sepak dan bermain permainan kasino di laman perjudian haram.
"Tidak seperti dahulu di mana anda harus ke kasino, anda perlu ke Singapore Pools untuk meletakkan taruhan anda. Sekarang, mereka ada 24 jam untuk melakukannya," kata Kaunselor Kanan, Khidmat Masyarakat WE CARE Yvonee Yuen.
"Identiti seseorang tidak dikenal pasti di platform online, kerana tiada yang tahu siapa anda, dan ini memberikan mereka lebih banyak kebebasan, atau tanggapan kebebasan yang mereka boleh manfaatkan. "
Para kaunselor mengatakan ramai anak muda mula berjudi disebabkan pengaruh rakan sebaya, selain keinginan untuk membuat duit.
Pesanan teks yang menawarkan khidmat perjudian haram, serta iklan di laman penstriman juga semakin berleluasa.
Ini meskipun pihak berkuasa sudah pun menyekat lebih 3,400 laman perjudian haram.
Menurut kaunselor Arise2Care, segelintir tahi judi muda tidak bekerja.
Jadi, laman perjudian akan memikat mereka dengan memberi kredit untuk mengumpan mereka.
"Anggota keluarga mereka perlu dilengkapi dengan kemahiran agar dapat mengambil langkah pencegahan dengan lebih berkesan dan lebih awal, sebelum ia menjadi mudarat," kata Jolene Ong, Pengerusi Arise2Care.
"Mereka boleh mengenal pasti sama ada orang yang mereka sayangi terjerumus dalam ketagihan ini, dan apabila mereka cuba dapatkan wang, atau mungkin terlibat dalam peminjaman wang haram," tambahnya.
Selain itu, para kaunselor juga berpendapat, kaunseling dijadikan lebih mudah untuk diakses, supaya dapat membantu menangani masalah perjudian tersebut.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.