Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Golongan remaja habiskan 8.5 jam sehari gunakan peranti elektronik: Tinjauan

Satu tinjauan baharu mendapati golongan remaja menghabiskan masa hampir 8.5 jam sehari menggunakan peranti elektronik, dengan faktor tekanan memainkan peranan utama.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu tinjauan baharu mendapati golongan remaja menghabiskan masa hampir 8.5 jam sehari menggunakan peranti elektronik, dengan faktor tekanan memainkan peranan utama.

Lebih separuh daripada individu yang ditinjau menyatakan mereka menggunakan peranti elektronik sebagai wadah untuk melepaskan tekanan atau sekadar untuk membuang masa.

Mereka yang ditinjau bahkan berkata mereka menghabiskan paling banyak masa menggunakan telefon bijak.

Menurut tinjauan itu, golongan remaja meluangkan masa hampir 3.5 jam setiap hari menggunakan telefon bijak dan secara purata menghabiskan masa selama 89 minit menonton televisyen.

Tekanan juga memainkan peranan utama dalam situasi berkenaan.

Sungguhpun begitu, penggunaan skrin tidak semestinya hanya membuang masa.

Satu kajian menunjukkan penggunaan telefon bijak untuk menimba ilmu merupakan aktiviti utama.

Malah, ia mengatasi penggunaan telefon bijak bagi tujuan hiburan dan media sosial.

Tugas harian seperti membeli-belah dan menguruskan jagaan kesihatan juga dapat dilakukan secara maya, dengan setiap aktiviti mungkin mengambil masa selama sejam sehari bagi kebanyakan individu.

Walaupun terdapat banyak faktor luaran yang cuba mencuri perhatian golongan remaja, kebanyakan remaja yang ditinjau berkata mereka masih dapat mengawal masa penggunaan skrin.

64 peratus individu ditinjau berkata masa diluangkan menggunakan peranti elektronik adalah mencukupi.

Hanya 28 peratus individu yang merasakan bahawa masa yang diluangkan adalah berlebihan.

Sungguhpun begitu, para ibu bapa mempunyai perspektif yang berlainan.

Lebih 40 peratus berpendapat bahawa anak remaja mereka meluangkan terlalu banyak masa menggunakan peranti elektronik.
Sumber : CNA/AT/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan