Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Golongan muda SG pulang ke rumah ibu bapa setelah sewa flat, rumah privet naik lebih 25% tahun lalu

Anggaran Waktu Membaca:
Golongan muda SG pulang ke rumah ibu bapa setelah sewa flat, rumah privet naik lebih 25% tahun lalu

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 08 May 2023 08:00AM Dikemas Kini : 08 May 2023 08:05AM

SINGPAORE: Dengan harga sewa melambung tinggi, sesetengah golongan muda di Singapura terpaksa membuat pilihan, sama ada untuk hidup berdikari dan membayar sewa yang tinggi atau kembali ke rumah ibu bapa mereka.

Semasa pandemik COVID-19, sesetengah anak muda berpindah dari rumah milik keluarga mereka dan menyewa tempat tinggal sendiri.

Menurut Jabatan Statistik Singapura (DOS), jumlah warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) bawah usia 35 tahun yang hidup bersendirian melonjak dari 15,900 pada 2019 kepada 25,000 pada 2020, iaitu tahun pertama pandemik melanda.

Sewa meningkat dengan pantas pada tahun lalu. Harga untuk menyewa sebuah kediaman privet meningkat hampir 30 peratus pada 2022, menurut data dari Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Sewa bagi flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) melonjak 26.8 peratus ada Mac berbanding tempoh yang sama setahun lalu, menurut laporan 99.co dan SRX.

Seorang wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Cik A memberitahu Mediacorp bahawa tuan rumahnya menggandakan sewa rumahnya selepas setahun.

Seperti kebanyakan orang dewasa muda yang lain, dia berpindah dari rumah keluarganya semasa pandemik dan membayar S$700 (AS$524) bagi menyewa sebuah bilik di flat tiga bilik. Rakan serumahnya yang menyewa bilik tidur utama membayar S$1,500, yang membawa kos keseluruhan kepada $2,200.

Tuan rumah tersebut meminta bayaran S$4,400 untuk flat itu, dan Cik A perlu membayar S$1,400 untuk menyewa bilik tersebut.


Ia sudah menjadi isu kemampuan, kata Encik Alan Cheong, ketua penyelidik dan runding cara di Savills Singapore.

Menurut Encik Cheong, ramai individu yang menetap di rumah keluarga berangkai bersama adik-beradik mereka berpindah semasa pandemik kerana mereka memerlukan privasi untuk bekerja.

Golongan bujang yang muda lebih suka menyewa keseluruhan unit dengan orang lain, yang mempunyai tabiat hidup yang sama, dan ia lebih murah daripada tinggal di sebuah kediaman bersama.

PERTIMBANGAN LAIN

Selain sewa, mereka yang berpindah ke rumah ibu bapa mereka juga mempunyai sebab praktikal lain untuk berbuat demikian.

Pemansuhan sekatan-sekatan COVID-19 memainkan peranan dalam keputusan Encik Yeon Jun Lin.

Dia lebih kerap pulang ke pejabat. Jarak antara pejabatnya di City Hall dari Eunos, di mana keluarganya menetap, lebih dekat daripada jarak dari Tampines, di mana dia menyewa rumah.

HIDUP BERDIKARI

Walau bagaimanapun, tidak semua golongan muda Singapura sanggup menggadaikan kebebasan hidup berdikari.

Beberapa syarikat kediaman bersama memberitahu Mediacorp bahawa golongan dewasa muda di Singapura masih terus menetap di rumah sewa meskipun harga sewa meningkat.

Permintaan sudah merosot sejak pandemik, namun ia masih mempunyai permintaan kerana masih ada mereka yang tidak ingin melepaskan peluang untuk hidup berdikari dan kebebasan yang ditawarkannya, kata Encik Tan Shi Wei, ketua penjualan dan pemasaran di syarikat kediaman bersama, Cove.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan