Skip to main content

Singapura

Golongan muda berpendapatan tinggi lebih pilih untuk bayar secara ansuran: Tinjauan

Anggaran Waktu Membaca:
Golongan muda berpendapatan tinggi lebih pilih untuk bayar secara ansuran: Tinjauan

Gambar fail: Ili Nadhirah Mansor/Today

Diterbitkan : 18 Apr 2024 07:56AM
SINGAPURA: Hampir 70 peratus rakyat Singapura yang lebih muda lebih memilih untuk membayar pembelian mereka secara ansuran, dengan golongan yang berpendapatan lebih tinggi didapati lebih cenderung untuk berbuat sedemikian.

Ini menurut satu tinjauan bersama yang dijalankan Institut Kajian Dasar (IPS) dan Mediacorp.

Para pengkaji meninjau rakyat Singapura yang berusia antara 21 hingga 39 tahun untuk cuba memahami sikap dan tabiat kewangan dalam kalangan golongan muda rakyat Singapura.

Mereka juga ingin mengetahui sikap dan tabiat mereka terhadap hutang, simpanan, cara menampung kos sara hidup, serta perancangan untuk masa depan.

Tinjauan itu dijalankan pada 2022, dengan laporan penuhnya diterbitkan Isnin lalu (15 Apr).

Hasil tinjauan itu juga mendapati bahawa golongan belia tidak bersikap terburu-buru apabila merancang perbelanjaan mereka.

Ini membuktikan bahawa golongan muda tidaklah bersikap terburu-buru dan bukannya tidak mempunyai sebarang rancangan masa depan, seperti yang disangkakan.
Sumber : CNA/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita