Skip to main content

Singapura

Golongan kurang upaya tetap berdepan cabaran dapat kerja

Semasa terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2006, Encik Aidil Jalil, 40 tahun, mengalami kecederaan serius pada bahagian belakang dan kanan tubuhnya.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Jan 2019 07:50PM Dikemas Kini : 29 Jan 2019 11:06AM

SINGAPURA: Semasa terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2006, Encik Aidil Jalil, 40 tahun, mengalami kecederaan serius pada bahagian belakang dan kanan tubuhnya.

Encik Aidil perlu menjalani sesi pemulihan fizikal selama lima tahun dan berdepan dengan beberapa kesukaran dengan pihak majikan sebelum akhirnya mendapat pekerjaan.

"Saya percaya para majikan mungkin ragu-ragu apabila menggajikan mereka yang kurang upaya," kata Encik Aidil.

Related article image

Encik Aidil kini bekerja sebagai kakitangan pentadbiran di sebuah syarikat pergigian, Core3dcentres.

Menurut Workforce Singapore (WSG), para majikan semakin sedar dan terbuka untuk menggajikan mereka yang kurang upaya. Ia menambah, pemerintah membantu lebih 1,600 orang kurang upaya untuk mendapatkan pekerjaan antara tahun 2016 dengan 2018.

Inisiatif Suai Maju juga menyokong usaha mengambil golongan kurang upaya sebagai pekerja melalui geran bagi peruntukan pekerjaan dan bantuan latihan.

Related article image

Bagimanapun, masih juga ada majikan yang bersikap ragu-ragu. Para pakar mengatakan antara sebabnya adalah keprihatinan jika berlakunya kemalangan di tempat kerja.

Awal bulan ini, Menteri Kanan Emeritus (ESM) Goh Chok Tong mencadangkan pengecualian cukai bagi para majikan yang menggajikan golongan kurang upaya. ESM Goh menambah beliau akan bekerjasama dengan SG Enable, agensi yang menyokong golongan kurang upaya dan agensi pemerintah tentang kemungkinan melaksanakan insentif itu. 

Sumber : CNA/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita