Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Golongan kurang mampu boleh bayar premium MediShield Hayat lebih tinggi pada 2022

Golongan yang tidak mampu membayar premium MediShield Hayat lebih tinggi yang akan bermula pada bulan Mac depan, dibenarkan mula membayarnya pada tahun 2022.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Dec 2020 07:53PM Dikemas Kini : 21 Dec 2020 08:39PM

SINGAPURA: Golongan yang tidak mampu membayar premium MediShield Hayat lebih tinggi yang akan bermula pada bulan Mac depan, dibenarkan mula membayarnya pada tahun 2022.

Ia adalah antara langkah yang akan dilaksanakan setelah pemerintah menerima semua saranan daripada semakan semula skim insurans kesihatan nasional itu.

Menyusuli rundingan awam mengenai saranan-saranan tersebut, warga emas Generasi Perintis juga akan menerima kenaikan MediSave tahunan yang lebih tinggi antara $250 hingga S$900, naik daripada S$200 hingga $800.

Mereka yang berumur 81 tahun ke atas dengan keadaan kesihatan serius yang sedia ada akan mendapat sehingga S$200 setiap tahun, selama lima tahun.

Had tuntutan bagi mereka yang berada di hospital akut akan meningkat S$800 dolar untuk dua hari pertama.

Langkah itu, menurut Kementerian Kesihatan, adalah bagi menampung kos ujian dan penyelidikan diagnostik. Jumlah itu dua kali ganda daripada yang disarankan pada awalnya.

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong menekankan pemerintah akan memastikan MediShield Hayat kekal dalam kemampuan.

"Ini adalah semakan besar yang pertama ke atas MediShield Hayat sejak ia dilancarkan pada tahun 2015. Perubahan-perubahan tersebut akan memastikan bahawa MediShield Hayat terus memberikan perlindungan yang mencukupi dan bermakna kepada rakyat Singapura.

"Pemerintah akur sekarang ini adalah masa yang mencabar bagi ramai orang. Pemerintah akan terus membantu anda dengan premium anda, untuk memastikan ia kekal dalam kemampuan," ujar Encik Gan. 

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan