Skip to main content

Singapura

Golongan berkeperluan khas raih kemahiran kejuruan

Program-program yang membantu para pelatih menceburi bidang-bidang tradisional disediakan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Jul 2018 05:57PM Dikemas Kini : 27 Jul 2018 09:22PM

SINGAPURA: Ramai individu yang mempunyai kesukaran untuk belajar kini dilengkapi dengan kemahiran amali dan vokal bagi memudahkan mereka menyesuaikan diri dalam hidup bermasyarakat.

Pertubuhan seperti Persatuan bagi Orang-Orang Berkeperluan Khas mempunyai program-program yang membantu para pelatih menceburi bidang-bidang tradisional seperti F&B dan juga industri tukikan seperti kesenian.

Besi berani berbentuk kuih muih ini adalah hasil kerja tangan sekumpulan individu berbakat dari Tinkle Arts.

"Saya suka bekerja di sini. Saya boleh belajar banyak perkara daripada dari Tinkle Arts dan buat banyak kuih Nyonya yang cantik-cantik," kata Cik Mee Feng.

Cik Mee Feng dan rakan-rakan sekerjanya yang lain turut membantu dalam mengendalikan bengkel-bengkel Tinkle Arts bagi acara korporat.

Di restoran Bliss di Ang Mo Kio ini pula, para kakitangan berkeperluan khas juga semakin peramah dah berani bersuara.

Para pekerjanya diberi peluang untuk memilih sendiri kerja yang ingin dilakukan - sama ada sebagai pelayan ataupun di dalam dapur.

Selain mengambil pekerja-pekerja berkeperluan khas, restoran ini juga menerima pekerja yang mempuyai masalah mental.

Di sekolah-sekolah seperti Persatuan bagi Orang-Orang Berkeperluan Khas atau APSN, para pelajar diajar cara meminta bantuan menerusi sesi lakonan.

Bukan itu sahaja - mereka juga menjalani latihan amali dan diajar supaya berani bersuara.

Dan kini APSN sedang mencuba beberapa program baru seperti penyenggaraan bangunan, logistik dan juga fotografi.  

Sumber : CNA/NT/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita