Golongan berisiko diingatkan ambil langkah waspada bila ke luar negara meski vaksin mpox tidak diperlukan
Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan (MOH), Profesor Kenneth Mak menjelaskan, vaksin mpox tidak diperlukan untuk mereka yang ingin melancong atau mengerjakan ibadah umrah buat masa ini.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan (MOH), Profesor Kenneth Mak menjelaskan, vaksin mpox tidak diperlukan untuk mereka yang ingin melancong atau mengerjakan ibadah umrah buat masa ini.
Menurutnya, ia juga bukan sebahagian daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ataupun mana-mana penguasa kesihatan antarabangsa setakat ini.
Beliau menjelaskan hal demikian dalam satu sidang media pada Rabu (4 Sep).
Profesor Mak menambah, selain kes-kes yang dilaporkan di Thailand dan Sweden, belum lagi ada kes yang disahkan di luar benua Afrika.
"Melakukan perjalanan ke Timur Tengah, sama ada untuk umrah atau sebab lain pada masa ini, masih dianggap selamat dan tiada saranan khusus untuk vaksinasi. Sekali lagi, dasar-dasar kami mungkin diselaraskan berdasarkan pemahaman kami tentang cara penyakit ini merebak dan sama ada terdapat atau tidak jangkitan dan penularan dalam masyarakat tempatan di negara-negara di luar benua Afrika," kata Profesor Mak.
PERJALANAN UMRAH TIDAK TERJEJAS, TIADA LANGKAH KHUSUS UNTUK MPOX
Tinjauan BERITA Mediacorp ke atas beberapa GSA yang menawarkan khidmat umrah dan wisata juga mendapati tiada sebarang langkah berjaga-jaga khusus yang diambil mereka terhadap jangkitan mpox.
Semua perjalanan ke tanah suci masih diteruskan seperti biasa dan tiada sebarang pembatalan dilaporkan setakat ini.
Bagi Noor Mohamad Services & Travel misalnya, syarikat itu memantau rapi keadaan dan berharap para jemaahnya mengambil langkah-langkah bertanggungjawab sekiranya kurang sihat.
"Memandangkan mpox masih dalam pemantauan rapi oleh pelbagai agensi, ia terpulang kepada seseorang individu untuk mengamalkan sikap wajar dan tanggungjawab sosial jika mereka tidak sihat," kata Pengarahnya, Ustazah Juyda Noor Mohamad dalam jawapan bertulisnya kepada wartawan Syawal Yusoff.
Beliau menambah, para jemaah yang berusia 60 tahun ke atas juga digalak untuk mendapatkan vaksin mencegah meningitis dan influenza.
Keberangkatan bagi seramai 30 jemaahnya pada Sabtu ini juga akan diteruskan seperti biasa.
Syarikat Hahneman Travel & Tours pula menjelaskan, pihaknya akan mengikut garis panduan yang ditetapkan MOH dan Kementerian Ehwal Luar (MFA) sekiranya perlu membuat penyesuaian.
Pengurusnya, Encik Muhammad bin Ahmad berkata: "Setakat ini, pihak kami tidak bimbang dan tiada pembatalan Alhamdulillah. Untuk protokol adalah standard, kami akan ikut garis panduan MFA dan MOH."
Syarikat Jalaludin Travel & Services pula menjelaskan, tiada sebarang isu atau keprihatinan yang disuarakan para jemaahnya setakat ini.
"Tiada isu atau kebimbangan yang timbul daripada jemaah kami mengenainya. Saya juga belum mendengar sebarang keluhan daripada mana-mana GSA lain dalam mesyuarat Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Muslim Singapura (AMTAS) kami baru-baru ini," jelas Pengarah Eksekutif, Jalaludin Travel & Services, Cik Noor Faizah Mustaffa.
AMBIL LANGKAH WASPADA DI LUAR NEGARA: ONG YE KUNG
Sungguhpun jangkitan mpox tidak seteruk penyakit lain seperti COVID-19, Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung menasihati orang ramai supaya mengambil langkah-langkah berwaspada ketika di luar negara, khususnya golongan berisiko seperti kanak-kanak dan warga emas.
"Apabila melakukan perjalanan, ambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan, jaga kebersihan, jangan sentuh terlalu banyak benda. Jika perlu di kawasan yang sangat sesak dan anda tidak begitu selesa, sentiasa memakai pelitup. Jika keadaan berubah, jika terdapat risiko tambahan yang kami ketahui, kami akan mengemas kini rancangan respons kami," kata Encik Ong.
Buat masa ini kata Encik Ong, Singapura tidak menyenaraikan negara-negara yang perlu dielakkan .
Ini memandangkan penyakit itu masih boleh dikawal dan belum ada negara yang berbuat demikian.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.