Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Golongan belia mainkan peranan aktif dalam pemuliharaan alam sekitar

Anggaran Waktu Membaca:
Golongan belia mainkan peranan aktif dalam pemuliharaan alam sekitar

Noorhakim Abdul Halim dan Nur Leila Laqman Hakem bersama dengan Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu di majlis tamat Program YES Leaders semasa CleanEnviro Summit (CESG) 2024. (Gambar-gambar: NEA)

SINGAPURA: Minat Noorhakim Abdul Halim terhadap pemuliharaan alam sekitar mula timbul apabila dia melakukan kajian tentang fesyen pantas dan pembaziran makanan.

Namun, graduan diploma Sukan dan Kesihatan itu hanya mula tergerak untuk melakukan sesuatu tentangnya semasa tahun ketiga menuntut di Politeknik Nanyang (NYP).

Ini apabila pengurus kursusnya mengingatkan para pelajar tentang kepentingan unsur-unsur kemampanan dalam industri sukan.

Ini juga faktor yang mendorong Noorhakim, 25 tahun untuk menyertai program ‘YES Leaders’.

Program ‘YES Leaders’ yang dikelolakan oleh Gerakan YES di bawah Agensi Sekitaran Singapura (NEA) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kelestarian alam dalam kalangan para pemimpin belia.

Ia juga memberikan para peserta platform untuk menjalin rangkaian, pendedahan kepada organisasi antarabangsa yang terlibat dalam kerja-kerja alam sekitar dan peluang untuk melaksanakan projek kelestarian alam.

Para peserta juga diberi sokongan dana sebanyak $5,000 untuk setiap projek dan pihak NEA juga menawarkan beberapa penasihat yang boleh membimbing mereka dalam projek masing-masing.

Bagi Noorhakim, beliau mendapat idea untuk menggabungkan usaha tersebut dengan projek tahun akhirnya (FYP).

hakim
(Gambar: NEA)

“Projek saya dinamakan SWap & Exchange dan tujuannya adalah untuk memanjangkan jangka hayat peralatan sukan. Ia seperti sistem ‘barter trade’,” kata Encik Noorhakim.

“Kami telah fokus kepada pelajar-pelajar dalam NYP terdahulu untuk mendapatkan barangan sukan daripada mereka untuk memberikan nafas baharu kepada peralatan ini,” tambah Noorhakim.

Dengan mengumpulkan barang-barang sukan terpakai daripada pelajar NYP, projek ini juga sejajar dengan usaha di bawah pelan SGZeroWaste iaitu mengurangkan jumlah sisa di tapak pelupusan dan juga meningkatkan kadar kitar semula.

“Sekarang saya menjadi penasihat kepada junior-junior saya yang bakal menjalankan projek SWap & Exchange ini. Saya memberi nasihat dan sokongan kepada mereka serta memastikan projek ini dapat diteruskan,” ujar Noorhakim.

Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang guru dan terus berkongsi tentang kepentingan alam sekitar dengan generasi muda.

TINGKATKAN KESEDARAN RAKAN SEKOLAH

Lagi seorang daripada 27 peserta dalam kumpulan pertama YES Leaders ialah Nur Leila Laqman Hakem, 22 tahun.

Semasa menuntut dalam jurusan seni bina landskap di Politeknik Singapura (SP), Nur Leila jadi lebih berminat dengan topik-topik berkaitan kelestarian alam.

“Sebagai pelajar dalam industri tersebut, topik-topik sebegini merupakan amalan yang sangat penting yang harus kami faham. Dengan itu saya berminat untuk belajar tentang apa yang saya sebagai belia boleh lakukan untuk alam sekitar untuk menjadikannya tempat lebih baik untuk generasi saya dan generasi yang akan datang,” ujar Leila.

Beliau juga merupakan salah seorang anggota Kelab Alam Sekitar dan di situlah program 'YES Leaders' mula diperkenalkan kepadanya.

Projeknya yang berjudul “Eco Impact” memberi tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur pengurusan sisa di SP dan untuk meningkatkan kesedaran pelajar di institusi tersebut tentang inisiatif-inisiatif kelestarian alam di SP.

“Mula-mula kami menjalankan kajian pemerhatian dengan berjalan di sekitar kampus untuk mengenal pasti masalah utama di kawasan sekolah. Dari situ, kami menghantar emel kepada seluruh sekolah untuk menilai tahap pengetahuan mereka tentang kelestarian dan bagaimana SP boleh membantu meningkatkan tahap tersebut,” kata Cik Leila.

yes
Inisiatif SWap & Exchange kumpul peralatan sukan di NYP. (Gambar: Noorhakim Abdul Halim)
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan