Skip to main content

Singapura

Golongan belia dibantu main peranan lebih besar mengenal pasti berita palsu

Golongan pelajar akan memainkan peranan yang lebih besar dalam mengenal pasti berita palsu sedang pihak berkuasa menggandakan usaha mendekati masyarakat untuk menentang ancaman yang kian meningkat itu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Mar 2019 08:02PM Dikemas Kini : 11 Mar 2019 09:37PM

SINGAPURA: Golongan pelajar akan memainkan peranan yang lebih besar dalam mengenal pasti berita palsu sedang pihak berkuasa menggandakan usaha mendekati masyarakat untuk menentang ancaman yang kian meningkat itu.

Salah satu inisiatif itu adalah kit peralatan celik berita dan media yang akan diperkenalkan di semua sekolah menengah bermula esok.

Ia dilancarkan di Sidang Internet Lebih Baik yang menghimpunkan para pakar untuk berkongsi pandangan tentang trend serta cabaran siber terkini.

Sekumpulan penuntut Universiti Teknologi Nanyang mahu menjadikan Internet lebih selamat.

Lantaran itu, mereka berkempen secara online untuk mengingatkan para pelajar tentang bahaya penipuan yang memancing data.

Bahaya yang berlegar di ruang siber menjangkaui kes penipuan dengan kepalsuan online kini menduduki tangga teratas.

Pihak berkuasa mengenal pasti kesedaran awam sebagai anak kunci utama untuk mengekang ancaman tersebut.

Kit peralatan celik berita dan media adalah satu langkah ke arah itu.

Disasarkan kepada sekolah-sekolah menengah, ia adalah satu siri pelan pembelajaran yang akan membantu mereka mengenal pasti berita palsu.

Memandangkan ramai pelajar bergantung kepada media sosial untuk mendapatkan maklumat, kit itu juga mengajar mereka bagaimana untuk membezakan antara fakta dengan pendapat melalui siri senario dan kegiatan.

Menteri Perhubungan dan Penerangan, S Iswaran, menekankan pertahanan menangkis berita palsu perlu menggunakan pelbagai pendekatan.

Encik Iswaran menambah, kementerian itu akan berunding dengan ahli akademik serta agensi-agensi yang relevan dalam melakarkan Rangka Kerja Nasional mengenai celik maklumat, media dan siber.

Ia bakal menyediakan satu garis panduan untuk pertubuhan-pertubuhan yang mengendalikan program celik digital. 

Sumber : CNA/FZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita