Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Golongan belia boleh jadi "duta" Muslim yang baik dalam masyarakat yang majmuk: Mufti Negara

Selain menghulurkan bantuan kemanusiaan, golongan belia boleh menjadi "duta" Muslim yang baik dalam masyarakat yang majmuk, dan memberi tumpuan kepada persamaan, bukan perbezaan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Selain menghulurkan bantuan kemanusiaan, golongan belia boleh menjadi "duta" Muslim yang baik dalam masyarakat yang majmuk, dan memberi tumpuan kepada persamaan, bukan perbezaan.

Ini sedang golongan tersebut bergelut untuk memahami pelbagai cabaran dan pergolakan yang berlaku di luar negara.

Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata terdapat keperluan mendesak untuk membimbing belia Muslim Singapura ketika mereka cuba memahami semua ujian itu dan membuka jalan untuk penyertaan aktif mereka dalam masyarakat.

Dr Nazirudin menekankan demikian kepada kira-kira 200 peserta persidangan belia bertajuk "Menzahirkan Belas Kasihan: Mencari Makna dalam Dunia yang Bermasalah" yang diadakan pada Sabtu (14 Okt) anjuran Muslim.Sg di Max Atria, Singapore Expo.

Ia turut menampilkan penceramah daripada Rangkaian Belia Asatizah (AYN), Ustaz Muhammad Luqman Hakim, Pegawai Agama Pembangunan Belia dan Masjid, Masjid An-Nahdhah dan asatizah bebas dan penceramah motivasi, Ustazah Shameem Sultanah.

(Gambar: MUIS)

Semasa perbincangan panel, Dr Nazirudin menarik perhatian tentang perkara-perkara yang golongan belia boleh lakukan untuk membantu rakyat Palestin yang menghadapi ketidakadilan dan kesakitan yang luar biasa.

Kuasa doa, kata beliau, tidak boleh dipandang remeh dan merupakan alat seorang Muslim untuk berdoa untuk keamanan dan kesejahteraan.

Selain menghulurkan bantuan kemanusiaan, Dr Nazirudin juga menggesa para belia untuk menjadi Muslim contoh dalam masyarakat majmuk.

Ia akan membentuk model perpaduan umat Islam yang boleh menjadi contoh kepada masyarakat lain, kata beliau.

Menurut Dr Nazirudin lagi, pendekatan sedemikian akan membawa kebaikan kepada semua, terutamanya kepada mereka yang berada dalam kawalan pengaruh kita.

Para peserta juga berpeluang untuk mendapatkan penjelasan lebih intim menerusi sesi-sesi perbincangan lebih kecil dengan para asatizah.

Edisi ketiga acara anjuran Muslim.sg itu bertujuan untuk menyebarkan naratif positif dan meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian sifat rahmah dalam agama dan masyarakat Islam, dan mendampingi golongan belia Muslim secara konsisten.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan