Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Golongan belia berperanan bantu S'pura bangkit lebih teguh dari pandemik

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata Singapura dapat bangkit lebih teguh daripada pandemik itu kerana setiap orang termasuk belia memainkan peranan mereka bagi menanganinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jun 2022 06:51PM Dikemas Kini : 18 Jun 2022 09:36PM
SINGAPURA: Setiap orang perlu memainkan peranan untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik selepas COVID-19.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata Singapura dapat bangkit lebih teguh daripada pandemik itu kerana setiap orang termasuk belia memainkan peranan mereka bagi menanganinya.

Beliau juga menggesa generasi muda agar terus berpegang kepada tujuan dan keyakinan seperti itu.

Encik Ong berkata: "Krisis pandemik global paling teruk dalam dunia moden ini sudah anda alami. Ia sesuatu yang mencabar dan menimbul keadaan tidak menentu.

"Jika anda tidak tahu bagaimanakah masa depan nanti, ia adalah sesuatu perkara yang biasa.

"Jangan percaya jika anda diberitahu bahawa generasi muda tidak sebaik generasi sebelum ini kerana semuanya bergantung kepada apa yang anda pelajari daripada pengalaman hidup selain di dalam bilik darjah dan bagaimana anda menanganinya."

Berucap kepada sekitar 250 belia di acara Dialog Suara Kampus, Encik Ong menyentuh tentang bagaimana beberapa sektor menyesuaikan diri kepada perubahan akibat pandemik.

Sebagai contoh, sekolah-sekolah memanfaatkan wadah online sehingga pembelajaran digital menjadi ciri tetap pengalaman di sekolah.

Pemerintah juga, tambah beliau, berusaha agar sektor pengangkutan menjadi lebih mesra alam melalui Pelan Hijau Singapura.

Dalam bidang kesihatan pula, Encik Ong menekankan bagaimana pandemik membawa perubahan penting berhubung cara jagaan kesihatan diberikan.

Salah satu inisiatif adalah strategi SG Lebih Sihat yang memberikan tumpuan kepada aspek pencegahan penyakit.

Beliau menarik perhatian peri pentingnya mempercepatkan pelan peralihan sedang lebih banyak peluang tersedia.
Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan