Golongan asatizah main peranan penting sebagai rujukan agama masyarakat Muslim: Ustaz Tarmizi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Di kala peranan agama yang begitu penting dalam membentuk identiti masyarakat, ia satu petunjuk untuk golongan asatizah mempertingkatkan peranan yang dimainkan sebagai rujukan untuk masyarakat.
Demikian pendapat Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS) Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid berkenaan dapatan kajian Institut Pengajian Dasar (IPS) yang berjudul 'Identiti dan Amalan Beragama Di Kalangan Rakyat Singapura'.
Antara dapatan yang paling ketara dalam kajian yang dikeluarkan pada Rabu (20 Ogos), adalah hampir 60 peratus peserta beragama Islam lebih cendurung untuk menganggap agama mereka sangat penting kepada keseluruhan identiti diri mereka.
Lebih 90 peratus mereka yang beragama Islam lebih cenderung untuk mendapatkan bimbingan kehidupan menerusi agama.
Ini ditambah pula dengan 93.9 peratus peserta beragama Islam bersetuju bahawa pandangan mereka mengenai agama banyak mempengaruhi aspek-aspek lain dalam kehidupan seharian.
Penolong Penyelidik IPS, Izzul Haziq Murad, mengatakan bahawa perkara itu mungkin tidak terlalu mengejutkan kerana mengikuti sejarah, agama adalah sangat penting dalam kehidupan seharian golongan Muslim.
Lantaran itu, ia penting dalam identiti mereka.
Kajian itu juga menunjukkan bahawa golongan Muslim dan penganut Kristian lebih cenderung untuk lebih mengambil tahu tentang agama mereka sendiri dan mempunyai rasa kekitaan dalam kumpulan agama mereka.
Misalnya, 30.4 peratus peserta kajian itu yang beragama Islam sangat bersetuju dengan kenyataan bahawa mereka telah mencuba mendapatkan lebih banyak maklumat tentang agama mereka.
Perangkaan itu jauh lebih tinggi berbanding 21.3 peratus peserta beragama Kristian dan 20.5 peratus peserta penganut Katolik dan Hindu.
Atas dapatan-dapatan tersebut, Ustaz Tarmizi menekankan lagi peranan yang harus dimainkan institusi agama dan para asatizah dalam kehidupan masyarakat.
Ustaz Tarmizi berkata: "Kajian IPS itu menunjukkan bahawa mereka masih merujuk kepada agama dan kerohanian, memberikan mereka semangat, kekuatan dan juga arah tujuan mereka lebih jelas. Ini menunjukkan peranan asatizah dan institusi agama di Singapura memainkan peranan sangat penting."
"Saya berharap kita dapat memberikan sokongan kepada para asatizah kita yang secara nalurinya semua inginkan kebaikan kepada kita sebagai satu masyarakat. Kalau kita dapat menggembleng tenaga dan saling sokong menyokong, kejayaan itu dapat kita raih bersama dengan penuh kesyukuran," tambah beliau lagi.
Antara lain, lebih separuh daripada peserta beragama Islam juga mengatakan mereka menonton atau mendengar kandungan beragama sekurang-kurangnya setiap minggu.
Lantaran itulah, tambah Ustaz Tarmizi, para asatizah menjadi rujukan masyarakat untuk mengecapi kejayaan dalam kehidupan.
Manakan tidak, dalam dunia yang sentiasa berubah dan penuh cabaran, masyarakat berdepan dengan pelbagai persoalan yang menuntut panduan serta kebijaksanaan.
"Apa jua kejayaan yang kami cuba raih, selalunya dibimbing dengan nilai Islam yang murni dan baik, agar tidak terpesong daripada tujuan utama. Antaranya, untuk sentiasa bersatu hati, berusaha mendapatkan kebaikan jangka masa panjang, bukan sahaja memikirkan kebaikan untuk kami sahaja tetapi untuk anak-anak dan generasi akan datang.
Dengan memahami bahawa isu semakin kompleks dan rumit, maka panduan agama diperlukan sentiasa. Saya ingin mengajak para asatizah, rakan seperjuangan untuk melihat isu-isu semasa dengan mata yang sangat teliti dan penuh rahmah, hikmah supaya kita dapat berjaya bersama," ujar beliau lagi.
KAJIAN TIDAK MENCERMINKAN KEPERCAYAAN SELURUH RAKYAT SG, PERLU JAGA KEHARMONIAN KAUM DAN AGAMA
Namun begitu, Encik Izzul mengatakan meskipun setiap individu dalam kajian itu mempunyai pandangan yang berbeza-beza mengenai agama, namun ia tetap penting untuk mengiktiraf bahawa keharmonian kaum dan agama di Singapura sentiasa menjadi satu usaha yang berterusan.
Encik Izzul berkata: "Sementara kita mengiktiraf kepercayaan kita sendiri, kita tetap perlu membina satu sekitaran pemahaman dan sifat baik hati di kalangan masyarakat dan membina identiti Singapura yang kita semua boleh dakapi."
Beliau menambah bahawa walaupun semangat identiti dan kemasyarakatan yang kuat dalam kalangan ahli agama boleh memberikan keselesaan untuk setiap individu, namun ia boleh membawa kesan terhadap keharmonian agama di Singapura jika tidak dipelihara dengan baik.
Lantaran itulah, beliau merasakan menjaga keharmonian kaum dan agama di Singapura memerlukan usaha seluruh masyarakat.
Encik Izzul berkata: "Selain daripada menggunakan rangka kerja undang-undang untuk mengekalkan keharmonian bangsa dan agama di Singapura, di peringkat individu dan masyarakat, ia penting untuk terus mengadakan perbualan dan mendengar antara satu sama lain. Kebimbangan dan perselisihan boleh menjadi agak sensitif."
"Identiti agama juga haruslah yang tidak bertujuan untuk memisahkan masyarakat atau mendiskriminasi orang lain. Lagi satu cara adalah dengan berterusan membina identiti warga negara Singapura yang boleh dikaitkan dengan semua rakyat Singapura tanpa perikatan seperti bangsa atau agama," tambah beliau lagi.
Kajian IPS itu dijalankan ke atas 4,000 responden penduduk Singapura.
Ia antara lain meneliti dimensi identiti yang penting bagi rakyat Singapura, khususnya agama dan amalan beragama.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.