Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Golf Amal sulung Casa Raudha berjaya kumpul dana S$120,000

Badan kebajikan Casa Raudha hari ini (17 Sep) menerima suntikan S$120,000 untuk membantu lebih ramai wanita dan kanak-kanak yang mungkin memerlukan bantuannya.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Badan kebajikan Casa Raudha hari ini (17 Sep) menerima suntikan S$120,000 untuk membantu lebih ramai wanita dan kanak-kanak yang mungkin memerlukan bantuannya.

Wang tersebut berjaya dikutip menerusi acara golf amal, iaitu yang pertama seumpamanya anjuran Casa Raudha.

Sejak tahun 2009, Casa Raudha sudah membantu memperkasakan kehidupan lebih 1,000 orang.

Ini dilakukan melalui program-program yang membantu para penghuni rumah itu pulih dan bangkit semula selepas menjadi mangsa penderaan.

Bagi terus membiayai usaha ini, Casa Raudha menganjurkan pertandingan golf amal tengah hari tadi.

Turun padang menyokong usaha ini termasuklah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli dan sekitar 110 peserta lain yang terdiri daripada para pemimpin masyarakat serta peniaga tempatan.

Hasilnya, S$120,000 berjaya dikumpulkan.

"Kita sasarkan dalam S$150,000 untuk mencapai matlamat ini kita telah menghubungi para peniaga ahli masyarakat dan sebagainya supaya mereka dapat membuat sumbangan. Jadi saya gembira dan hampir mencapai tujuan kami S$120,000 telahpun kita kutip," ujar Presiden Casa Raudha Abdul Rohim Sarip.

"Wang yang kita kumpulkan ini, kita akan menggunakan untuk pelbagai program yang kita lakar bagi para penghuni Casa Raudha. Antaranya adalah program berdikari supaya mereka cepat mendapat kemahiran supaya dapat bekerja dan membuat sumbangan yang bermakna kepada masyarakat," jelas beliau lanjut.

Casa Raudha mendekati mereka yang memerlukan tanpa mengira kaum dan agama, menerusi program-program keibubapaan, kewangan serta perusahaan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan