Golden Village akan ambil alih ruang The Projector di Cineleisure pada 4 Ogos
Anggaran Waktu Membaca:
Bangunan Cineleisure. (Gambar: CNA/Tang See Kit)
SINGAPURA: The Projector akan berhenti beroperasi di Cineleisure bulan ini, umum pawagam tersebut pada Jumaat (1 Ogos).
Berita ini diumumkan selang beberapa hari selepas The Projector mendedahkan pihaknya akan meneruskan tayangan di Golden Mile Tower.
Rangkaian pawagam Golden Village akan mengambil alih tempat yang dikosongkan di Cineleisure itu.
Kedua-dua syarikat sebelum ini menjalin kerjasama pada Disember 2023 yang menyaksikan kedua-dua pihak bergabung di Cineleisure bagi acara peminat, tayangan gala dan tayangan filem interaktif.
Dengan pengosongan The Projector, Golden Village kini akan menguruskan sepenuhnya operasi di Cineleisure.
Tayangan terakhir The Projector di Cineleisure adalah pada 3 Ogos dan Golden Village akan mengambil alih sepenuhnya bermula 4 Ogos.
Bagi meraikan pembukaan semula dan hujung minggu menjelang Hari Kebangsaan, Golden Village akan menawarkan promosi istimewa dari 7 hingga 20 Ogos, termasuk tiket wayang berharga S$6 serta minuman percuma.
Dalam kenyataannya, Karen Tan, pengasas The Projector berkata:
“Kami membuka The Projector dengan impian dan beberapa filem indie, dan sepanjang tahun-tahun ini, penonton kami menjadikannya sesuatu yang jauh lebih besar daripada apa yang kami bayangkan.”

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.