Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Golden Mile Complex mungkin dipulihara

Bangunan ikonik Golden Mile Complex dianggap mempunyai nilai warisan dan pihak berkuasa sedang meninjau pilihan-pilihan untuk memudakan proses memulihara bangunan itu, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Rabu (31 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Golden Mile Complex mungkin dipulihara

Golden Mile Complex (Gambar: Darren Soh)

Diterbitkan : 31 Oct 2018 05:42PM Dikemas Kini : 31 Oct 2018 05:47PM

SINGAPURA: Bangunan ikonik Golden Mile Complex dianggap mempunyai nilai warisan dan pihak berkuasa sedang meninjau pilihan-pilihan untuk memudakan proses memulihara bangunan itu, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Rabu (31 Okt).

URA mengumumkan demikian sedang pihak pengurusan bangunan itu melncarkan tender untuk menjual hartanah tersebut secara berkelompok pada Rabu dengan harga tidak kurang dari S$800 juta.

Ejen pemasarannya, Edmund Tie & Company (ET & Co)menyatakan bangunan itu mungkin tidak dirobohkan, berdasarkan garis permohonan yang dibuat untuk mengekalkan bangunan 16 tingkat yang sedia ada, dengan blok tambahan dibangunkan di sebelahnya. Bagaimanapun permohonan itu tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

Bangunan di di Beach Road dan Nicoll Highway itu siap dibina pada tahun 1973.

Bangunannya menerapkan ciri teres yang unik hasil reka bentuk syarikat DP Architects, yang dahulu dikenali sebagai Design Partnership.

Golden Mile Complex terletak dalam kawasan seluas 1.3 hektar dan diperuntukkan bagi kegunaan komersil di bawah Pelan Induk 2014.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, URA menyatakan: "Seni bina moden masa lalu, adalah sebahagian penting warisan seni bina kita, dan kami sebelum ini memilih untuk memulihara beberapa bangunan sedemikian.

"Di mana terdapat sokongan dan sebab yang kuat untuk memulihara bangunan-bangunan sedemikian, kami akan bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan untuk memudahkan proses itu."

Tender bagi penjualan berkelompok bangunan itu ditutup pada 30 Januari tahun depan pada pukul 3.00 petang.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan