Skip to main content

Singapura

Golden Mile Complex diwartakan sebagai bangunan dipulihara

Golden Mile Complex yang ikonik diwartakan sebagai bangunan dipulihara, setahun selepas Penguasa Pembangunan Bandar (URA) mengusulkan untuk melakukan sedemikian.

Anggaran Waktu Membaca:
Golden Mile Complex diwartakan sebagai bangunan dipulihara

Golden Mile Complex. (Gambar: ET&Co)

Diterbitkan : 22 Oct 2021 09:55PM Dikemas Kini : 22 Oct 2021 09:58PM

SINGAPURA: Golden Mile Complex yang ikonik diwartakan sebagai bangunan dipulihara, setahun selepas Penguasa Pembangunan Bandar (URA) mengusulkan untuk melakukan sedemikian.

Ia sekali gus menjadikannya bangunan moden, berskala besar, hak milik strata yang pertama untuk dipulihara di Singapura.

Demikian diumumkan oleh Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee hari ini (22 Okt).

Golden Mile Complex yang terletak di Beach Road dan Nicoll Highway dikenali dengan bahagian permukaan yang bertangga.

Dibina pada 1973, bangunan 16 tingkat itu merupakan salah satu bangunan tinggi pelbagai guna yang pertama di Singapura.

SOKONGAN BAGI PENJUALAN SECARA BERKELOMPOK

Encik Lee mengetahui bahawa para pemilik Golden Mile Complex sebelum ini merancang untuk melakukan penjualan secara berkelompok dan sebahagiannya mungkin memandang usaha memulihara bangunan usang itu sebagai satu "kekangan".

Beliau berkata URA sudahpun berusaha untuk memastikan bahawa pemuliharaan tidak menghambat usaha para pemilik untuk melakukan penjualan secara berkelompok.

Usulan pihak berkuasa bagi pemuliharaan itu pada tahun lalu disokong oleh pakej insentif "besar" untuk membuat pilihan pembangunan bagi tapak itu lebih menarik kepada para pembeli, tambah beliau.

Insentif-insentif itu diperhalusi sepanjang tahun lalu, dengan mengambil kita maklum balas para pemilik, katanya lagi.

"Potensi pembangunan bagi tapak ini meningkat disebabkan pemuliharaan. Pemaju akan dapat membina sebuah blok menara baru sekitar 30 tingkat sebelah bangunan utama," jelas menteri itu.

"Sempadan tapak itu juga boleh diluaskan untuk merangkumi sebahagian daripada tanah pemerintah bersebelahannya, agar lebih fleksibel dari segi reka bentuk."

Insentif cukai akan ditawarkan, termasuk pengecualian separa caj pembangunan ke atas ruang tambahan lantai serta pengecualian penuh bagi kawasan lantai yang dipulihara.

Terdapat juga kemungkinan memperbaharui tempoh pajakan kepada 99 tahun, bergantung kepada kelulusan agensi relevan.

"Kami berharap para pemaju akan mempertimbangkan potensi tapak itu, seiring dengan visi kami untuk menyuntik semula kesegaran kepada sebuah ikon negara," kata Encik Lee.

LAPORAN-LAPORAN BERKAITAN

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita