Golden Mile Complex berwajah baharu dijangka dibuka pada suku ketiga 2029
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Perennial Holdings, Far East Organization)
SINGAPURA: Golden Mile Complex yang dibaik pulih dan berwajah baharu akan membuka pintunya kepada orang ramai pada suku ketiga 2029 dengan nama baharu – The Golden Mile.
Dibangunkan oleh GMC Property - usaha sama antara Perennial Holdings dan Far East Organization itu - The Golden Mile akan menempatkan pejabat strata, pusat perubatan, pusat seni bina dan dua tingkat kedai runcit.
Bangunan yang sudah diubah suai itu adalah sebahagian daripada pembangunan bersepadu - Golden Mile Singapore - yang akan merangkumi bangunan kediaman setinggi 45 tingkat yang dinamakan Aurea.
Butiran lanjut mengenai bangunan itu akan dikongsikan pada awal tahun hadapan.
The Golden Mile terletak di Pusat Bandar Singapura, di sepanjang jalan yang terdiri daripada Beach Road, koridor Ophir-Rochor dan hab gaya hidup Kallang.
“Ia adalah tempat yang sesuai bagi pusat komersil – berhampiran beberapa stesen MRT, lebuh raya dan pusat konvensyen,” kata Cik Dawn Tan, ketua pegawai operasi Perennial Holdings untuk Singapura dan rantau ini, tidak termasuk China, kepada media pada Selasa (10 Dis) .
Dua tingkat pertama bangunan setinggi 22 tingkat itu akan menjadi ruang kedai runcit dengan pilihan tempat makan di ruang dalam bangunan dan di ruang terbuka. Ia juga akan mempunyai amfiteater di mana hiburan akan disediakan untuk penghuni pejabat dan orang ramai.
“Komponen runcit The Golden Mile bersedia untuk mentakrifkan semula dirinya sebagai sebuah hab gaya hidup. Kami komited untuk menyediakan pelbagai tawaran, termasuk pilihan gaya hidup (dan makanan dan minuman) dan (sebuah) pasar raya gourmet,” kata Cik Tan.
LEBIH 150 UNIT PEJABAT
Terdapat 156 unit pejabat berstrata dalam enam jenis susun atur dengan saiz-saiz yang berbeza, daripada sekitar 66 meter persegi hingga 501 meter persegi.
Sebanyak 14 pejabat "crown" di tingkat 19 hingga 22 bangunan itu akan menyediakan ruang yang luas antara 308 meter persegi dan 501 meter persegi setiap satu. Penyewa akan mempunyai tingkap kaca yang tinggi dari lantai ke siling di mana mereka akan dapat menikmati pemandangan panoramik dermaga dan latar langit.
Sementara itu, pejabat "loteng mezanin" di tingkat enam hingga 16 juga akan mempunyai pemandangan dermaga serta tawaran balkoni. Terdapat 76 unit sedemikian disediakan.
Sebanyak 25 pejabat "utama" di tingkat tiga hingga tujuh akan mempunyai lobi lif peribadi dan akses terus ke tempat letak kereta dan kawasan runcit.
Sebanyak 19 pusat perubatan terletak di kawasan sekitar 3,000 meter persegi di tingkat tiga The Golden Mile.
Pusat-pusat berkenaan akan mempunyai pelbagai susun atur dan saiz yang fleksibel untuk memenuhi kedua-dua cklink khusus dan amalan perubatan berskala besar. Setiap unit akan mempunyai tandas sendiri.
Terdapat juga teres langit di tingkat sembilan dan sebuah taman di tingkat 18.
“Pejabat strata dan pusat perubatan Golden Mile memberikan peluang yang jarang dimiliki sesebuah bangunan warisan yang diubah suai menjadi hab komersil moden di kawasan tengah pusat bandar Singapura,” kata Encik Pua Seck Guan, pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutif Perennial Holdings.
"Dengan strategi yang mampan, The Golden Mile turut menyeru kepada perniagaan yang menghargai pertimbangan yang dibuat dari segi pemuliharaan dan kemampanan,” tambahnya.
USAHA PEMULIHARAAN
Apabila penyewa dan orang ramai melawat The Golden Mile menjelang 2029, mereka akan melihat banyak "elemen yang menentukan cirinya" yang dikekalkan daripada Golden Mile Complex, kata Encik Seah Chee Huang, ketua eksekutif DP Architects - syarikat yang mengusahakan projek itu .
Profil teres bertingkat bangunan bersejarah itu, podium, tingkap bercorak 'lattice' dan mozek adalah antara ciri-cirinya yang diperuntukkan untuk dipelihara. Ciri atrium luas juga akan dikekalkan untuk mengekalkan suasananya.
“Projek pemuliharaan datang dengan cabaran dan kekangan yang unik. Keutamaan kami adalah untuk memastikan bangunan dapat berkekalan pada masa hadapan sambil menghormati warisannya,” kata Cik Tan dari Perennial Holdings.
"Kami secara aktif meneroka dan melaksanakan langkah-langkah untuk menyerlahkan potensi penuhnya selaras dengan piawaian zaman moden."
Diselesaikan pada tahun 1973, Golden Mile Complex merupakan salah satu bangunan pelbagai guna yang pertama di Singapura, dan bangunan berstrata berskala besar pertama yang dipulihara di negara ini.
Golden Mile Complex dijual pada harga S$700 juta kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Perennial Holdings, Sino Land dan Far East Organization pada 2022.
Sehingga Mei tahun lalu, ia menempatkan kedai-kedai, pejabat dan unit kediaman. Salah satu pangsapuri penthouse dahulunya diduduki oleh salah seorang arkitek asalnya, Encik William Lim.
Golden Mile juga turut mementingkan kemampanan dengan adanya atrium dengan pengaliran udara yang semula jadi dengan kipas berbantu dan penderiaan suhu pintar, serta loji penyejuk dan sistem pengedaran udara yang sangat cekap.
Ia juga akan mempunyai sistem pengurusan tenaga pintar dan menggunakan tenaga boleh diperbaharui yang dijana oleh panel fotovoltan suria.
"Kami akan memastikan bangunan itu cukup selesa untuk pelanggan tanpa mengorbankan kemampanan," kata Cik Tan

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.