Goldbell 'tidak terlibat' sokongan Persatuan Fintech SG untuk angkut pekerja hijrahan dalam lori
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY
SINGAPURA: Goldbell, sebuah syarikat yang memajak kenderaan komersial, sudah tampil untuk menjelaskan bahawa ia tidak terlibat sama dalam menyokong amalan mengangkut pekerja hijrahan menggunakan lori, sebagaimana yang dinyatakan Persatuan FinTech Singapura (SFA) dalam satu kenyataan bersama dengan kumpulan perniagaan yang lain.
Ini setelah terdapat perbincangan online dan kritikan yang diutarakan tentang sebab persatuan tersebut menandatangani bersama kenyataan sedemikian, dengan seorang pengguna online memaklumkan bahawa seorang pengurus Goldbell menganggotai jawatankuasa eksekutif persatuan tersebut.
Dalam jawapan bertulis kepada TODAY pada Sabtu lalu (5 Ogos), Encik Keith Kee, seorang pengurus Pamajakan Goldbell, berkata: "Untuk pengetahuan umum, pengurus kami dari Perkhidmatan Kewangan Goldbell tidak terlibat atau diajak berunding berhubung keputusan SFA untuk menandatangani kenyataan itu."
Pemajakan Goldbell merupakan sebuah unit perniagaan di bawah naungan Kumpulan Goldbell. Juga, di bawah naungan kumpulan tersebut adalah Perkhidmatan Kewangan Goldbell, di mana pengurusnya Tan Chun Hao menganggotai jawatankuasa eksekutif persatuan fintech tersebut.

Di lamannya, Persatuan Fintech Singapura menyatakan bahawa ia mewakili sekitar 8,000 karyawan dan 800 anggota korporat dalam sektor teknologi kewangan tersebut.
Satu kenyataan yang dikeluarkan pada 1 Ogos oleh 25 dewan dan kumpulan perniagaan memberi amaran tentang "kerumitan sebenar, praktikal dan operasi" yang terlibat dalam sebarang langkah untuk menghapuskan amalan mengangkut pekerja menggunakan lori.
Kenyataan itu adalah sebagai respons terhadap gesaan pada lewat Julai oleh kumpulan pekerja hijrahan dan orang awam untuk mendedahkan jangka masa tempoh yang diperlukan untuk menghuraikan isu yang sudah berlarutan setelah sekian lama.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.