Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gojek umum khidmat baru bagi pelanggan dengan anak kecil

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Gojek akan menawarkan perkhidmatan sewa kereta bagi mereka yang membawa kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun bermula 10 Januari, menurut syarikat itu pada Selasa (3 Januari).

Perkhidmatan tersebut akan disediakan mulai tengah hari dan berharga S$2 lebih tinggi daripada perjalanan biasa.

GoCar Kids dan GoCar XL Kids akan menyediakan satu kerusi keselamatan kanak-kanak bagi kanak-kanak dengan ketinggian antara 1 meter dengan 1.35 meter.

GoCar Kids boleh memuatkan tiga orang dewasa manakala GoCar XL Kids boleh menampung lima orang dewasa.

"Keluarga yang berjalan bersama anak kecil sering meminta ciri ini demi keselamatan dan kemudahan mereka. Ia juga memberi peluang kepada rakan kongsi pemandu untuk meraih pendapatan tambahan," kata Pengurus Besar Gojek Singapura, Lien Choong Luen.

Grab melancarkan perkhidmatan serupa pada Mac 2017, dan mempunyai pilihan GrabFamily bagi mereka yang mempunyai anak kecil berusia antara satu dengan tiga tahun. Perkhidmatan itu disediakan pada Mei 2018.

Gojek mula memasuki pasaran Singapura pada 2018.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan