Gojek singkatkan tempoh batalkan tempahan; perkenal yuran menunggu mulai 26 Sep
Anggaran Waktu Membaca:

Logo Gojek di luar sebuah pusat membeli-belah di Singapura. (Gambar fail: Zhaki Abdullah/CNA)
SINGAPURA: Gojek akan menyingkatkan tempoh dibenarkan bagi membatalkan tempahan khidmat kereta sewa privetnya kepada empat minit dan memperkenalkan struktur yuran menunggu mulai 26 September, menyusuli langkah serupa yang dilaksanakan Grab pada Julai lalu.
Buat masa sekarang, pengguna Grab dikenakan yuran S$4 sekiranya mereka membatalkan tempahan lima minit selepas dipadankan kepada seorang pemandu atau jika mereka membatalkan tempahan itu sejurus selepas pemandu tiba di lokasi untuk menjemput mereka.
Bermula 26 September, tempoh kelonggaran
bagi pembatalan akan dikurangkan kepada empat minit.
Yuran menunggu yang pertama sebanyak S$3 akan dikenakan sekiranya pemandu menunggu lebih daripada empat minit di lokasi untuk menjemput penumpangnya.
Penumpang akan dikenakan bayaran tambahan S$3 bagi setiap lima minit tambahan yang perlu diluangkan pemandu untuk menunggu mereka. Yuran menunggu itu dihadkan pada S$9 iaitu selepas menunggu selama 19 minit.
Mengumumkan langkah itu pada Isnin (19 Sep), Gojek menyatakan bahawa denda tersebut akan membantu dalam memastikan pengalaman yang lebih lancar bagi para pengguna di platformnya, termasuk buat para pemandu.
"Dengan cara sedemikian, mereka akan diberi pampasan untuk masa dan usaha mereka juga," tambah Gojek.
"Bagi menghindari sebarang yuran menunggu, pastikan untuk menempah (khidmat kereta sewa privet) hanya apabila anda sudah bersedia untuk bergerak dan berada di lokasi untuk dijemput dalam tempoh empat minit sebelum pemandu anda tiba."
Yuran menunggu itu dikenakan bagi semua perjalanan yang ditempah di platform Gojek - GoCar, GoCar XL dan GoCar Premium. Ia tidak boleh dibayar atau diimbanggi jumlahnya menggunakan baucar.
Gojek menyatakan penumpang boleh meminta agar satu semakan dibuat sekiranya mereka dikenakan yuran pembatalan atau yuran menunggu secara silap.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.