Gojek, Premier Taxi galak penumpang, pemandu guna pelitup meski tidak lagi wajib
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar:CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Gojek dan Premier Taxi menggalakkan para penumpang dan pemandu untuk terus menggunakan pelitup meskipun ia tidak lagi wajib mulai Isnin depan (29 Ogos).
"Meskipun pelitup tidak diwajibkan, rakan-rakan pemandu dan para penumpang digalakkan memakai pelitup jika mereka ingin berbuat demikian, terutama sekali jika mereka berasa kurang sihat," menurut Gojek menjawab pertanyaan Mediacorp.
"Kami kekal komited kepada kesihatan, keselamatan dan kebajikan semua pengguna kami dan terus mengingati mereka supaya kekal berwaspada dan mematuhi amalan kebersihan yang baik. Ini bagi memastikan persekitaran perjalanan yang selamat untuk semua."
Premier Taxi juga mengumumkan bahawa mereka akan terus mengalakkan para penumpang untuk memakai pelitup untuk melindungi diri mereka dan orang lain, terutama sekali jika mereka rasa kurang sihat.
ComfortDelGro, pengendali teksi terbesar di Singapura menarik perhatian kepada hantaran Facebook Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) apabila ditanya mengenai dasar syarikat berkenaan pemakaian pelitup.
Hantaran Facebook LTA mengulangi pengumuman Kementerian Kesihatan (MOH) bahawa pemakaian pelitup tidak diwajibkan mulai 29 Ogos, kecuali di bas dan kereta api awam serta di dalam kemudahan pengangkutan awam, seperti tempat naik bas di pusat pertukaran bas dan platform MRT.
Anda diberikan pilihan untuk memakai pelitup di dalam pengangkutan privet seperti teksi, bas sekolah dan perkhidmatan bas privet.
Mediacorp turut menghubungi Grab dan SMRT untuk memberikan komen.
TADA enggan memberikan komen.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.