Goh Chok Tong lancarkan buku skim Anggota Parlimen Dilantik (NMP)
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Buku pertama mengenai skim Anggota Parlimen Dilantik (NMP) dilancarkan pada Jumaat (9 Sep).
Ia merakam pengalaman 20 orang mantan dan NMP sekarang sejak skim tersebut dimulakan 32 tahun lalu.
Buku itu dilancarkan Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong yang melancarkan skim NMP semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.
"NMP boleh menumpukan kepada inti perdebatan mereka daripada sekadar berbahas secara retorik.
"Anda tidak perlu menjadi seorang populis dan selama ini saya dapat lihat, tiada seorang pun NMP, dahulu atau sekarang, cuba untuk menjadi seorang populis. Ia tidak diperlukan dan tiada gunanya. Mereka boleh mengemukakan suatu isu dan tidak perlu khuatiri tentang menang atau kalah undian,"kata Encik Goh Chok Tong.
Editor buku berkenaan ialah Cik Anthea Ong yang merupakan seorang mantan NMP.
Para NMP adalah mereka daripada pelbagai bidang yang dilantik Presiden dan suara mereka membantu untuk memastikan lebih banyak kepelbagaian di dalam Parlimen.

Sumber : CNA/RU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.