Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Go Green SG tawar aktiviti mesra alam sempena SG60

Anggaran Waktu Membaca:
Go Green SG tawar aktiviti mesra alam sempena SG60

Pulau-pulau selatan Singapura. (Gambar: SLA)

Diterbitkan : 09 May 2025 06:47PM Dikemas Kini : 09 May 2025 06:50PM
SINGAPURA: Tidak lama lagi, anda boleh belayar dengan lawatan feri berpandu, kunjungi ladang suria terapung pertama di Singapura, atau cuba membuat cendawan di dalam bengkel.

Go Green SG menawarkan kegiatan mesra alam sempena SG60 serta perjalanan Singapura ke masa hadapan yang lebih hijau.

Kali ini, sekitar 400 rakan kongsi akan menawarkan lebih 900 kegiatan.

Ini sekurang-kurangnya seganda lebih tinggi berbanding angka tahun lalu, menandakan minat yang semakin meningkat daripada perniagaan dan masyarakat untuk memacu usaha kemampanan.

Sebagai sebahagian daripada Go Green SG oleh Kementerian Kemampanan dan Sekitaran, orang ramai boleh melawat terminal pelabuhan bertaraf dunia, dan menyaksikan usaha kemampanan maritim dan penyahkarbonan Singapura secara langsung.

Mereka yang berada di atas kapal juga akan mendapat pandangan eksklusif Kawasan Pelupusan Sampah Semakau dan loji petrokimia di Pulau Bukom.

Orang ramai juga boleh mengunjungi kilang bijak Hyundai bagi kenderaan elektrik.

Ia adalah salah satu cara Singapura memacu masa depan yang lebih hijau.

Terdapat juga lawatan ke ladang suria terapung, salah satu contoh bagaimana Singapura menjimatkan tenaga bersih walaupun tanahnya terhad.

Orang ramai boleh belajar bercucuk tanam dan cara menanam cendawan di rumah.

Kadbod kitar semula dan habuk papan turut digunakan sebagai bahan mengurangkan jumlah sisa yang dibawa ke loji pembakaran.

Pengasas Bersama, Mushroom World Academy, Eric Lin berkata: "Apa yang kami cuba lakukan adalah untuk mengajar lebih ramai orang, untuk belajar cara menanam cendawan di rumah.

"Sebenarnya, menanam cendawan di rumah agak mudah.

"Sebaik sahaja anda mempunyai asasnya, anda boleh menanam hampir semua jenis cendawan di rumah.

"Dan ini sebenarnya membantu memenuhi keselamatan makanan."

Sekitar 400 rakan kongsi akan menganjurkan lebih 900 program dalam tempoh dua bulan akan datang.

Ini merupakan peningkatan lebih seganda berbanding tahun lalu.

Maklumat mengenai kegiatan Go Green SG akan didedahkan secara bertahap-tahap sehingga akhir bulan Jun.

Orang ramai boleh mendaftar untuk kegiatan percuma atau berbayar dengan melayari laman rasmi.
Sumber : CNA/QA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan