Go Green SG tampilkan beberapa aktiviti sepanjang Julai
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penduduk di Singapura kini boleh cuba kegiatan bercucuk tanam dan melawat hidupan liar.
Ia adalah sebahagian kempen kebangsaan untuk menggalakkan tindakan kolektif terhadap perubahan iklim.
Gerakan Go Green SG merupakan gerakan Minggu Tindakan Iklim yang diubah suai untuk mencerminkan peranan orang awam, sektor privet dan pemerintah dalam peralihan kemampanan.
Setiap minggu sejak Mei lalu, para pelajar Sekolah Mee Toh bercucuk tanam di sebuah kebun masyarakat berhampiran sekolah mereka.
Di sanalah mereka menikmati hasil penat lelah mereka selain menimba beberapa pengajaran penting.
Ia adalah sebahagian gerakan kebangsaan Go Green SG yang akan berlangsung sepanjang bulan Julai.
Matlamatnya adalah meningkatkan kesedaran dan memperkenalkan kehidupan yang mampan kepada masyarakat.
Lebih 150 rakan kongsi daripada pelbagai industri akan menawarkan sekitar 300 aktiviti di peringkat sekolah dan masyarakat.
Jumlah ini lebih seganda berbanding tahun lalu.
"Apabila kita sedar tentang apa yang perlu dilakukan, apabila kita memahami kesan tindakan kita, harapannya adalah mendorong Singapura untuk melakukan sesuatu untuk alam sekitar dan untuk mengamalkan gaya hidup yang mampan," kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti-aktiviti yang ditawarkan, anda boleh lungsuri laman https://www.gogreen.gov.sg/.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.