Go-Ahead Singapore bakal kendali 27 laluan bas di Tampines; ambil alih dari SBS Transit
Anggaran Waktu Membaca:
Bas-bas Go-Ahead Singapore dipasangkan dengan panel suria. (Gambar: Go-Ahead Singapore)
SINGAPURA: Go-Ahead Singapore akan mengambil alih daripada SBS Transit dan mengendalikan 27 laluan bas di Tampines bermula 5 Julai 2026, selepas dianugerahi kontrak bernilai S$646 juta, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (19 Sep).
Kontrak bagi pakej bas Tampines itu adalah bagi tempoh lima tahun, dengan LTA mempunyai pilihan untuk melanjutkannya antara dua hingga lima tahun.
Go-Ahead akan mengendalikan khidmat tersebut dari Depot Bersepadu East Coast yang bakal siap, serta menguruskan Pusat Pertukaran Bas Tampines, Tampines Concourse dan Tampines North, serta Terminal Bas Taman Perindustrian Changi.
Pakej bas Tampines kini beroperasi dari depot bas Bedok North.
Tender bagi pakej tersebut dibuka pada Disember 2024 dan menerima bidaan daripada SBS Transit, SMRT Buses, Tower Transit Singapore dan Go-Ahead.
LTA menyatakan saranan-saranan dinilai melalui proses dua peringkat, di mana penilaian mutu dilakukan terlebih dahulu sebelum tawaran harga dibuka.
Go-Ahead memperoleh markah tertinggi secara keseluruhan dan menawarkan penjimatan kos berbanding kontrak semasa, menurut LTA.
Bidaannya termasuk inisiatif untuk membina kepakaran industri dalam operasi bas elektrik, seperti penubuhan pusat latihan satelit dengan Akademi Bas Singapura.
Pusat itu akan membangunkan pasukan pakar tempatan dalam bidang bas elektrik untuk menyokong peralihan Singapura kepada bas awam tenaga bersih, kata LTA.
Kumpulan itu juga mencadangkan inisiatif mesra penumpang seperti 'caring corner' di pusat pertukaran bas dan lencana 'baby on board' untuk penumpang hamil, serta program kebajikan kakitangan yang dipertingkat.
Dengan kontrak baharu ini, Go-Ahead Singapore menyatakan pada Jumaat (19 Sep) bahawa tenaga kerjanya akan berkembang kepada sekitar 2,000 pekerja dan akan mengendalikan lebih 800 buah bas, termasuk lebih 270 bas elektrik.
LTA menyatakan pekerja SBS Transit sedia ada yang terlibat dalam pakej bas Tampines akan dilindungi di bawah garis panduan Jawatankuasa Perikatan Tiga Pihak Pengangkutan Awam mengenai amalan pekerjaan baik dalam industri bas awam.
Pekerja-pekerja itu juga mesti ditawarkan pekerjaan oleh Go-Ahead Singapore dengan syarat diberikan pekerjaan setara atau lebih baik berbanding yang ditawarkan sekarang.
Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU), Yeo Wan Ling berkata pada Jumaat (19 Sep) bahawa perubahan pengendali akan menjejas kira-kira 700 pekerja.
Pengarah Urusan Go-Ahead Singapore, Leonard Lee menambah bahawa pihak pengendali akan bekerjasama rapat dengan NTWU untuk "memastikan peralihan lancar bagi pekerja yang terjejas".
SBS Transit mengucapkan tahniah kepada Go-Ahead Singapore atas kejayaannya bagi bidaan itu.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.