Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Go-Ahead siasat kes bas langgar pembahagi jalan raya di Pasir Ris

Pengendali pengangkutan Go-Ahead menyatakan ia sedang menjalankan "siasatan segera" setelah salah sebuah basnya melanggar pembahagi jalan raya di Pasir Ris pada pagi Ahad (10 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Go-Ahead siasat kes bas langgar pembahagi jalan raya di Pasir Ris

Bas Go Ahead merempuh pembahagi jalan raya di Pasir Ris Drive 1 pada 10 Nov 2019. (Gambar: Pliebus/Reddit)

Diterbitkan : 10 Nov 2019 07:42PM Dikemas Kini : 10 Nov 2019 07:43PM

SINGAPURA: Pengendali pengangkutan Go-Ahead menyatakan ia sedang menjalankan "siasatan segera" setelah salah sebuah basnya melanggar pembahagi jalan raya di Pasir Ris pada pagi Ahad (10 Nov).

Menjawab pertanyaan CNA, Go-Ahead menyatakan semua penumpang dalam bas tersebut turun daripada kenderaan itu dengan selamat setelah insiden berlaku di Pasir Ris Drive 1.

"Sekarang ini, kami sedang berusaha untuk mengenal pasti punca kejadian," kata seorang jurucakap.

Polis menyatakan ia dimaklumkan tentang insiden tersebut sekitar jam 7.30 pagi tadi. Tiada kecederaan dilaporkan dan siasatan polis sedang dijalankan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia memberi respons kepada panggilan yang meminta bantuan pada kira-kira jam 8.10 pagi dekat Pasir Ris West Plaza.

Bas Go Ahead merempuh pembahagi jalan raya di Pasir Ris Drive 1 pada 10 Nov 2019. (Gambar: Singapore Road Accident/Facebook)

(Gambar: Singapore Road Accident/Facebook)

Gambar-gambar insiden berkenaan di media sosial menunjukkan bas hijau itu dengan sebahagian pembahagi jalan raya terjejas yang rosak.

Dalam satu lagi gambar, seorang wanita tua dilihat dipapah ke kerusi roda berdekatan bas berkenaan.  

Sumber : CNA/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa