Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Girls' Brigade penuhi permohonan keperluan 3,000 penduduk kurang bernasib baik

Girls' Brigade Singapura akan menghantar barangan keperluan asas, produk jagaan kesihatan dan peralatan sekolah kepada 3,000 penduduk kurang bernasib baik di merata Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 May 2022 08:12PM Dikemas Kini : 27 May 2022 12:34AM
SINGAPURA: Girls' Brigade Singapura akan menghantar barangan keperluan asas, produk jagaan kesihatan dan peralatan sekolah kepada 3,000 penduduk kurang bernasib baik di merata Singapura.

Ia sebagai sebahagian daripada projek 'Friend in Deed', yang bertujuan memenuhi permohonan keperluan para penduduk kurang bernasib baik.

Presiden Halimah Yacob melancarkan usaha tahun ini dengan menyampaikan barang keperluan kepada para pelajar Grace Orchard School serta keluarga mereka.

Puan Halimah juga melancarkan kumpulan bas pertama yang membawa para peserta dari Girls Brigade untuk membuat penghantaran ke rumah.

Antara barangan yang dimohon termasuk cerek elektrik, cadar dan alat untuk membantu pergerakan serta mainan dan peralatan sekolah.
Sumber : CNA/ZM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan